Monday, May 1, 2017

Apa Yang Kamu Tahu Tentang Sahabatmu?



Apa guna jika aku menyayangi sahabatku sedangkan aku merasa sakit. Namun, kesakitan itu ku tepis perlahan-lahan demi kasihku kepada sahabatku. Ku tulis warkah ini tatkala remuknya hatiku diperlakukan sebegini berkali-kali. Sabar sememangnya indah namun aku punya had ibarat kadar had laju yang a[abila terlalu laju ia tidak dapat dikawal. Begitu juga sedihku, tatkala ia hadir, aku sabar sehingga kini kesabaranku memuncak. Akan tetapi ku selitkan sabar walau ku punya amarah. Lalu ku tulis dan menangis sebagai solusi untuk melegakan hati.


Aku percaya, sekiranya kita berbuat baik kepada orang, nescaya kita juga akan diperlakukan secara baik oleh orang lain. Aku percaya dengan menabur bakti dapat memberi kebaikan kepada orang lain dan menyuburkan kasih sayang. Namun aku buntu tatkala masih wujud golongan yang tidak tahu menghargai pengorbanan dan kasih sayang sahabatnya. Waktu sakitku dan kesusahanku, aku keseorangan menggagahkan diri membantu diriku sendiri. Aku sering tertanya-tanya akan sahabat-sahabatku yang selama ini aku kasihi dan sanggup melakukan apa sahaja demi mereka semampuku jika mereka memerlukan. Aku rindu akan pertanyaan khabar mereka ketika aku sakit, aku teringin merasa kasih mereka terhadapku dengan mengirimkan makan kepadaku atau menanyakan apa aku sudah makan atau belum? Aku sabar dan redho tatkala berlaku sedemikian. Hampir mindset ku berubah bahawa tidak semestinya perbuatan baik itu dibalas baik. Namun aku cuba berfikiran positif.



Aku anggap bahawa pertolonganku, kasih sayangku, keprihatinanku terhadapmu atas segala yang aku lalukan untuk membantumu adalah sememangnya itu diriku yang sebenar. Terpulang kepadamu untuk menghargainya atau tidak. Bagiku, perlakuanku itu adalah sebagai satu kepuasan dan nikmat yang menggembirakanku apabilaaku berjaya membantu sahabatku ketika mereka kesusahan. Usah kau bimbang tatkala aku sakit dan mengalami kesusahan. Pergilah engkau bergembira dengan temanmu yang lain, pergilah berkongsi suka dukamu bersama mereka kerana mungkin bagimu apa yang aku curahkan tidak zahir. Lalu aku mengatakan bahawa kamu salah, kerana hatimu yang tidak zahir dan tulus dalam menghargai kasihku kepadamu wahai sahabat.

Begitu sukar sekali untuk mendapatkan sahabat yang prihatin dan jujur. Aku masih ingat tatkala aku mengorbankan masaku demi kalian. Sedikitpun tidak kalian jenguk tatkala sakitku menerjah ke segenap tubuh. Aku tidak inginkan yang lain melainkan kasih sayang kalian dan keprihatinan kalian walaupun hakikatnya aku tidak kisah, tetapi aku hairan, tidakkah kalian tahu tentang sahabatmu ini dalam kesedihan kerana perbuatanmu?

Aku memohon maaf tatkala aku menunjukkan sikap tegasku ketika berbicara. Aku penat berkata-kata untuk perkara yang mudah ditaakul oleh pemikiranmu. Maaf andai terkasar bahasa. Maaf andai aku tidak menjadi sahabat yang baik. Aku ingin kau tahu sesungguhnya aku sentiasa berusaha untuk menjadi sahabat yang terbaik apabila aku bersahabat dan sahabatku adalah kamu semua.

Oleh itu, aku ingin berpesan, hargailah sahabat, bantulah ketika mereka memerlukan atau tidak. Jangan kau ketepikan sahabatmu di depan sahabat yang lain. Jangan kau tidak mengendahkan kewujudan sahabatmu tatkala engkau seronok dengan orang di sebelahmu. Tunjukkan sikap hormatmu agar tidak menyinggungnya kerana perbualan kamu berdua yang berada di sebelahnya. Just want to say please!! at least appreciate!!



Jadi, apa yang kau tahu tentang sahabatmu ini? Adakah kau tahu dirinya sedang bersedih?

Jika tidak, aku harus kuat dalam menghadapi orang seperti kamu.

-Adaptasi Kisah Sebenar Luahan Seorang Sahabat-

-Tuan punya story suruh edit for my post-

#smile

IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!