Sunday, September 2, 2012

kenapa masih gagal...


Kenapa Aku Masih Gagal?


baby
Teringat pada satu komen dalam salah satu post di facebook mengenai satu soalan yang ditanyakan oleh seorang ahli motivasi terkenal di Malaysia "kenapa masih ada orang gagal setelah berusaha?" Sewaktu saya menjadi pembimbing rakan sebaya waktu di sekolah dahulu, saya sering juga ditanyakan oleh kawan kawan dengan soalan seperti ini.
"Kenapa aku asyik gagal dalam exam jer walaupun dah berusaha dengan kuat?"
"Kenapa aku nampak sorang roomate aku ni asyik study saja siang malam tapi result exam bawah 3 pointer juga...."
Sudah tentu, apabila saya ditanya soalan, saya akan menjawab sekadar yang termampu. Mungkin saya bukan lah orang yang paling layak untuk menjawab soalan ini kerana saya bukanlah orang yang boleh dianggap berjaya tapi sekadar mahu berkongsi pengalaman sahaja. Ya, memang ini soalan yang sering terbuntu di benak fikiran ramai orang termasuk saya sendiri, tapi setelah lama melihat, memerhati dan mengkaji tentang orang orang yang usaha tapi gagal ini, saya boleh merumuskan bahawa....
Mustahil orang yang berusaha akan gagal!!
Kemudia mereka bertanya lagi
"Tapi saya dah belajar siang dan malam, bermati-matian tapi masih lagi gagal untuk dapat straight As... Kenapa?"
Jawapan saya mudah..  
Macam mana anda tahu yang anda sudah berusaha bermati-matian??
Soalan di jawab dengan soalan. Sengaja!  
Teruskan bersusaha dan jangan sesekali putus asa kerana tuhan itu Maha Adil. Pada mereka yang berusaha pasti mereka akan berjaya. Walaupun saya juga tidak pernah dapat straight As dalam mana mana peperiksaan dalam hidup saya sehingga ke hari ini, setelah berusaha namunsaya mempunyai ramai kawan kawan yang mendapat staright As dalam peperiksaan mereka. 
Dan apa yang saya perhatikan ialah mereka tidak pernah give up dalam pelajaran... (alangkah baiknya kalau saya menyedari hakikat ini semasa saya di tingkatan satu dahulu... ). Ingatlah saat kita berputs asa itulah sebenarnya waktu kita benar benar akan gagal dalam apa yang kita ceburi. Benar kejayaan itu memang sangat sukar untuk dicapai tetapi apa yang penting ialah kita berusaha untuk mendapatkannya.
Ada juga yang mengatakan bahawa mereka gagal kerana diuji oleh tuhan ataupun ini adalah sebagai satu qada dan qadar yang telah ditentukanNya. Yakinlah bahawa Allah itu Maha Adil dan Bijaksana. Setakat hari ini saya belum pernah jumpa pelajar yang study hard and study smart tetapi dalam mana mana exam yang diambil. Tuhan itu maha pengasih dan tidak mungkin akan menghampakan perasaan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh hambanya untuk berjaya hatta masuk ke syurga tuhan pun perlu usaha (walaupun hakikatnya masuk syurga itu bukan kerana iman dan amalan kita tetapi kerana RahmatNya). Maka, dari sinilah kita boleh melihat bahawa memang tuhan menyuruh hambanya agar berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu yang mereka kehendaki. Capailah rahmat Allah itu dengan berusaha bersungguh sungguh.
Sesungguhnya Allah amat suka kepada mereka yang bersungguh-sungguh. Firman Allah yang bermaksud :-
"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (berbuat baik)."
(Surah Al-Baqarah ayat 195)
Cubalah kita bermuhasabah, mengapa kita gagal mencapai matlamat yang kita kehendaki dalam hidup ini terutamanya bagi mereka yang bergelar pelajar, siswa atau siswi. Mungkin kita adalah seorang yang kaki study hard tetapi bukan kaki study smart. Siang malam kita berkepit dengan buku sahaja dan menghafal namun kosong dari memahami apa yang dibaca dan dihafal.
Dan apabila keluar keputusan kita berkata,
"Kenapa gagal lagi nih... mesti ada salah periksa"
"Mustahil aku boleh gagal, aku dah belajar sungguh-sungguh"
Mari kita  tanya kepada pelajar-pelajar cemerlang bagaimana mereka study smart walaupun mungkin  tidak ramai pelajar cemerlang akan mengaku kaedah yang mereka amalkan. Setiap kali saya tanya pelajar cemerlang, mereka pasti kata
"tak de rahsia pun, baca jelah buku". 
"Saya bukan orang genius"
Bagi saya, ini adalah salah sama sekali. Mustahil hanya dengan baca buku sahaja seseorang itu dapat memiliki keputusan yang cemerlang. Justeru, bukan hanya 'genius' seseorang itu dapat memiliki keputusan yang cemerlang. Tetapi dengan usaha dan bijak dalam mengatur 'strategi pembelajaran'. Orang yang ditakdirkan memiliki tahap pemikiran yang agak 'lambat' juga mampu berjaya. Hanya dengan usaha dan tawakkal!

Saya pun sering kali gagal mencapai matlamat study saya sehingga ke hari ini. Saya tidak pernah memiliki perfect score dalam apa jua subjek peperiksaan yang saya ambil namun saya yakin, jika kita berusaha lebih kuat lagi, InsyaAllah kita pasti akan berjaya. Teruskan berusaha semaksimum yang mungkin dan teruskanlah berusaha sampai bila- bila kerana kejayaan itu memang bukan mudah untuk dicapai.Janganlah kita menyalahkan takdir ataupun sesiapa sahaja di atas semua yang terjadi jika kita gagal kerana tidak berusaha. Allah beri kita pilihan samada mahu atau tidak untuk berjaya, sama ada ke arah kebaikan atau kearah keburukan. Jika kita berusaha dengan cara yang betul, mengatur strategi pembelajaran dengan sebaiknya, InsyaAllah kita pasti tidak akan gagal.Kita yang membenarkan pemikran kita dikuasai oleh perkara yang baik atau jahat. Sekiranya kita berfikir kita akan gagal sebelum bertindak, maka sudah pasti kita akan gagal. Ingatkah kita kepada Thomas Edison yang telah berjaya menghasilkan lampu? Cuba bayangkan jika Thomas Edison berputus asa dalam proses menghasilkan lampu, nescaya pasti dunia ini akan bergelap ,  dia tetap berusaha sehingga 1000 kali untuk mengahsilkan lampu yang akan menerangi dunia. Maka, ubahlah mind setting' kita, Allah Maha Adil, setiap yang berusaha Allah tetap beri. Walaupun bukan yang dia ingini tapi Allah tetap gantikan dengan apa yang dia perlukan.
Maka, tiada yang GAGAL jika berusaha. Hanya belum ada rezeki lagi untuk berjaya.
Dan apa yang lebih penting ialah kita mestilah sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita dapat dalam hidup ini walaupun apa yang kita perolehi itu bukan yang kita inginkan. Terimalah ia dengan hati yang terbuka dan berazam untuk dapatkan keputusan atau natijah yang lebih baik pada masa akan datang. Jangan mudah putus asa. Lebih baik gagal setelah berusaha sedaya yang mampu daripada langsung tidak berusaha.
Sentiasalah berdoa kepada Tuhan agar diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini and diberi kejayaan di akhir usaha yang telah kita lakukan kerana Tuhan itu Maha Besar dan lagi Maha Adil. Ingatlah satu pepatah 
" What You give, you get back "
"Kejayaan tidak akan bergolek, maka perlu pada usaha untuk mendapatkannya"
Selamat Berusaha

Thursday, May 31, 2012

good thinking???

husnuzhan-bersangka baik
alt
I want to share a story about one of my friend, she's been practicing Law Of Attraction for almost two month before this scenario took place. Recently, she had to fly to oversea for a few days for some reason. Her flight will be departure most probably at 8.00 pm and she have to be there at least one hour before departure. She have already make a preparation a day before, packing up everything, and on that day, her relative sent her to airport in the afternoon. I received her call when she was on her way to the airport.
My Friend : Everything turn upside down! Why this thing happen? even i have focus and give commitment to make everything smooth! What's wrong with my focus? Did i make something wrong?
Me: Why? What happen, be cool..
My friend : Firstly, Only after we past the toll, i realize that i am wearing my old garbage shoes! I have bought a new shoes for this event, but i forgot that I have left it home! I got into the car without changing my shoes!
Me: what? Hahaha...
My friend : Secondly, its my bag! i can't pull the zip! I got a lot of stuff to bring! and i don't wanna leave any single of it...i think now its more than my weight excess limit..may be i have to pay extra for the excess...
Me: (speechless).. Control your emotion..
My Friend : And for my bonus, why must this thing came to me at this moment? Its not the time yet, It should be another week! Do you understand what i mean?
Me: No..I don't
My Friend : I mean menstrual period lol!..its not the time yet!..
Me : owh..sorry...Ok..Ok..can you please calm down? and take a deep breath? And pray to Allah
My Friend : I'm trying..but I'm really frust..anyway thanks for your advice..the phone line is not so good, your voice is breaking up...
and the line cut....and what I can do is to pray for her, may Allah ease her on every situation.
And that night, just a few minute before her flight departure, I got a text message from her..
Hi there, everything is just fine...
1. About my shoes, my dad just bought for me an expensive branded shoes at the airport and Its one of my dream shoes.
2. He also bought me a bigger baggage, only after that we realize that my small bag is only for 3kg. So, after changing the baggage, all my stuff is still below the excess limit.
3. Because of the menstrual period, I don't have to worried about my solat, either to jama' or qasar, God ease me and helped me a lot! Syukur Alhamdulillah. Ok, see you then, and thanks.
So, there is always a good reason and explanation beyond everything that we assume as a bad luck. Be positive, Husnuzhon, and we will be shown..
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.
65:2 With that is admonished he who believes in Allah and the Latter Day. And whoever keeps his duty to Allah, He ordains a way out for him,
65:3 And gives him sustenance from whence he imagines not. And whoever trusts in Allah, He is sufficient for him. Surely Allah attains His purpose. Allah indeed has appointed a measure for everything.
(At-Talaq : 2,3)

wow! terpilih...


Insan Terpilih


alt
Aduhai hati yang selalu gundah gulana. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini?
Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati, Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?
Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul 'Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNYA? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa? Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada.. Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah MAHA MELIHAT.


Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati.. "Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?" Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..  Allah bersama-sama mereka yang SABAR.
Aduhai hati yang penuh kesedihan. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian.. Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah..
Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar , mengikut sunnah kekasihNya. Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah TAQWA.


Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana DIA lah pemilik segala yang engkau ‛miliki'.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, putrinya Syaidina Abu Bakr.. Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai angkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung Tawakkalnya. Pada Allah sw.t dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak. Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih.

Wednesday, May 30, 2012

banyaknya sajian hiburan,perjuangan ???


Banyak Sajian Hiburan, Lupa pada Perjuangan


alt
Kita kadang-kadang terlalu disuapkan dengan HIBURAN sehingga lupa segalanya
Kadang-kadang pengaruh hiburan itu lebih hebat dari pengaruh tokoh-tokoh pejuang Islam
.
Mengapa dan kenapa kita semakin lalai dengan arus dunia?
Sedangkan Yahudi dan musuh-musuh Islam sedang mentertawakan kita akibat kelalaian kita sehingga lupa untuk berjuang...
Ya! Kita pernah kata hiburan tak salah.
Kata-kata ini tiada salahnya untuk kita berhibur
Tapi, tak cukup-cukup lagi ke dengan hiburan selama ni?
Berhiburlah sekadarnya
Sekarang masa untuk berjuang
Lihat umat Islam di Palestin, adakah mereka sedang berHIBUR???

Sedangkan hiburan mereka ialah alunan suci al-Quran.
Sedangkan hiburan mereka ialah nyanyian nasyid perjuangan
Hiburan mereka juga ialah bunyi-bunyian bom dan letupan di sana sini
Hiburan mereka juga ialah dengan menyaksikan ramai saudara -mara yang syahid
Apa pula hiburan kita di sini??? Sendiri mahu ingat
Tidak hairanlah negara kita banyak berlaku jenayah
Rogol, zina, kecurian, pembunuhan
Semuanya hasil dari ikutan dan contoh yang disaji selama ini di kaca televisyen dan sebagainya
Renungi sejarah perjuangan Islam yang banyak memberikan kesan kepada ummat Islam di Palestin
Alangkah gembiranya mereka jika lahirnya Salahuddin Ayyubi yang kedua.
Alangkah gembiranya mereka jika mendapati Umar al-Khattab yang kedua datang menyelamatkan mereka.
Dan alangkah seronoknya mereka andai kedatangan Sultan Muhammad al-Fateh yg kedua menyelamatkan keadaan di sana
Alangkah, Alangkahhh gembiranya hati.


Sadaqah to our furry friends (and non-furry ones too)


Sadaqah to our furry friends (and non-furry ones too)


cat
"Meow, meow!" wails a cat somewhere in the building. My heartstrings are immediately tugged. I look around to find the source of the noise. There, under a staircase near a restaurant lay a heavily pregnant cat with a seemingly blind left eye.

Almost instantly, my eyes are filled with water. Before I could weep myself to death (okay, that is a bit exaggerated – crazy cat lady anyone?), I see dry cat food being laid out for her on a piece of newspaper. Again, my heartstrings are tugged.
Alhamdulillah. This act of genuine kindness (without expecting anything in return) gives me hope. Despite all the news about animal abuses – remember the Petknode case when the animal boarding centre left 150 cats to starve, dehydrate and drown in their own waste over the Hari Raya holidays last year? – there are still generous sadaqah-giving animal lovers in the world

In fact, Abu Hurairah rahimahullah (whose name coincidentally means "father of kittens") reported that Prophet Muhammad saw said: "When a human being dies, all of his deeds are terminated except for three types: an ongoing sadaqah, a knowledge (of Islam) from which others benefit, and a righteous child who makes du'a for him." (Muslim and others).

It should be noted that sadaqah is not restricted from a human being to another. A sadaqah, of course, can be given to animals. And the reward from Allah is Masya-Allah, amazing. I am sure you have heard of the story in the time of the prophet where a lady who did all kinds of wrongdoings in her life was guaranteed a place in heaven just because she gave a thirsty dog water!
And who knows, our furry (and non-furry) friends might return our kindness with a du'a (not that we should expect them to because, well, as mentioned earlier, we should not expect anything in return when we give sadaqah). 
Wallahu'alam.


IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!