Wednesday, August 27, 2014

The Story Of a Blind Girl

Assalamualaikum and hello to all readers...

There was a blind girl who hated herself just because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She said that if she could only see the world, she would marry her boyfriend.

One day, someone donated a pair of eyes to her and then she could see everything, including her boyfriend. Her boyfriend asked her, “now that you can see the world, will you marry me?”

The girl was shocked when she saw that her boyfriend was blind too, and refused to marry him. Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her saying:

“Just take care of my eyes dear.”

This is how human brain changes when the status changed. Only few remember what life was before, and who’s always been there even in the most painful situations.





Life Is A Gift
Today before you think of saying an unkind word–
think of someone who can’t speak.

Before you complain about the taste of your food–
think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife–
think of someone who is crying out to God for a companion.

Today before you complain about life–
think of someone who went too early to heaven.

Before you complain about your children–
think of someone who desires children but they’re barren.

Before you argue about your dirty house, someone didn’t clean or sweep–
think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive–
think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job–
think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another–
remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker.

And when depressing thoughts seem to get you down–
put a smile on your face and thank God you’re alive and still around.




Life is a gift – Live it, Enjoy it, Celebrate it, and Fulfill it

Tuesday, August 26, 2014

Hormatilah Guru

Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, membetulkan kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan.
Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu.  Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang.
Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.” (An-Nisa’ :59)
alt
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.
Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu diamemeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Shafie ” Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.
Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu” Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.
baca
Rasulullah s.a.w bersabda:
” Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami.” (Riwayat Ahmad)
baby
Belakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru. Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata,“Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku.” Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.
Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru.
Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan  guru dalam setiap urusan mereka.
baby
Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan “engkau” dan “awak”.  Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata “Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?” dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.
Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.
sucsess
Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat. Ibnu ‘Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu ‘Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu ‘Abbas pun menjawab: Jangan.
Begitulah hormatnya ulama’ dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah.

BERHEMAH DALAM MENEGUR

Assalamualaikum para pembaca yang dihormati...
kali ini coretan yang ingin dikongsi berkisar tentang adab untuk menegur dan memberi nasihat 
enjoy and interpret it digestively..haha !! 
”Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.”
Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.
alt

Sememangnya dalam kehidupan ini, setiap orang ada perbezaan pendapat dan  pandangandan ianya sesuatu perkara yang lumrah dan apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.
Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.
Sepatutnya time kite nak tegur org tu janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan then buat andaian yang bukan-bukan tak pun berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.Haa itu dah menyimbah minyak dalam api yang marak namanya..
Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu kita kena teliti dan halusi sertai kaji kebenarannya sebab perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”
Tetapi, sejak kebelakangan ini kita boleh tengok la semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur walaupun apa yang dinyatakan tu ada kebenarannya.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
”Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”
Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita kena berhati-hati apatah lagi kalau kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ untuk menjelaskan sesuatu perkara.
Panduan
Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah;
1) tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2) mencari waktu yang tepat
3) memahami kedudukan orang yang ditegur
Hakikatnya, Islam dah bagi panduan jelas untuk memberi teguran dan macam mana sikap kita apabila ditegur. Kita ttak boleh melatah tak pun terlalu emosional sampai  melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Semua itu takkan selesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tak kira la sama ada kita ni pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.
Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.
Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan,
”Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk.”
Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi  mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kira seburuk apa pun kesalahannya.
Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;
”Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”
Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.
Rasulullah s.a.w bersabda
”Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan”.
Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu , elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini tak pun putar belit cerita kan..haa
Tahu tak !!! pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.
Dalam buku Ihya ‘Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.
Bagi pihak orang yang memuji tu, keburukan yang akan dia dapat ialah bila dia puji lebih-lebih sangat,last skali sampai tahap dusta, sebab apa? Sebab dia memuji dengan berpura-pura je konon nak tunjuk la rasa cinta, simpati, prihatin and what so ever sedangkan dalam hatinya hah kau puaka habis, kiranya dia cakap sesuatu yang tak disokong oleh fakta sebaliknya bohong semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji tu padahal orang tu buat salah.
Bangga
Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) – kedua-dua ni ialah penyakit yang boleh ‘mematikan’  dan keburukan kedua, orang yang dipuji tu hah mula lah rasa hebat sangat sampai tak perlu  bersusah payah dan bekerja kuat.
Kesimpulannya, apa pun yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah  teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.
Sebab setiap apa yang kita katakan akan dihitung di akhirat kelak apatah lagi jika berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.
Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”

Monday, August 25, 2014

Fadhilat buah-buahan

Assalamualaikum..haa suka makan buah tak...of course lah kan majoriti lah..
so take a good time and read this !!!

Makan buah-buahan semasa perut kosong
Ini akan membuka mata anda! Baca ke akhir dan kemudian a hantar kepada semua e-senarai anda. Saya lakukan!
Dr Stephen Mak merawat pesakit kanser terminal dengan cara "un-ortodoks" dan ramai pesakit pulih. Sebelum ini dia menggunakan tenaga solar untuk membersihkan penyakit pesakitnya. Beliau percaya pada penyembuhan semulajadi dalam badan terhadap penyakit. Lihat artikel beliau di bawah.
Terima kasih kerana e-mel pasal buah-buahan dan jus. Ia adalah salah satu strategi untuk menyembuhkan kanser. Sehingga akhir2 ini, kadar kejayaan saya dalam menyembuhkan kanser adalah kira-kira 80%. Pesakit kanser tidak patut meninggal dunia. Penawar untuk kanser sudah dijumpai. Ia terpulang samada anda percaya atau tidak. Saya berasa amat terkilan untuk beratus-ratus pesakit kanser yang mati di bawah rawatan konvensional.
- Dr Stephen Mak
MAKAN BUAH ...
Kita semua berfikir makan buah-buahan bermakna hanya membeli buah-buahan, memotong dan hanya hulur ke dalam mulut kita. Ia tidak semudah yang anda fikirkan. Ia adalah penting untuk mengetahui bagaimana dan * bila * harus makan.
Apakah cara yang betul makan buah-buahan?
IA BERMAKNA TIDAK MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN!
BUAH harus dimakan ATAS PERUT KOSONG
Jika anda makan buah-buahan seperti itu, ia akan memainkan peranan utama untuk menyahtoksik sistem anda, membekalkan anda dengan banyak tenaga untuk penurunan berat badan dan aktiviti kehidupan yang lain. *
BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING.
Katakan anda makan dua keping roti dan kemudian sepotong buah-buahan. Kepingan buah-buahan sudah bersedia untuk pergi lurus melalui perut ke dalam usus, tetapi ia dihalang daripada berbuat demikian.
Sementara itu seluruh pemakanan tadi merosak dan menapai dan bertukar kepada asid. Ketika buah bersentuhan dengan makanan di dalam perut dan jus hadam, jisim keseluruhan makanan mula merosak.....

Oleh itu, sila makan buah-buahan anda pada perut* kosong ** atau sebelum makan anda! Anda telah mendengar orang mengadu setiap kali saya makan tembikai saya sendawa, apabila saya makan durian perut saya kembung atas, apabila saya makan pisang saya rasa seperti berjalan ke tandas, dan lain-lain, benar-benar semua ini tidak akan timbul jika anda makan buah-buahan pada perut kosong. Buah-buahan bercampur dengan makanan lain yang merosak dan menghasilkan gas dan dengan itu anda akan berasap!
Keputihan rambut, botak, cetusan saraf dan lingkaran hitam di bawah mata semua ini *TIDAK* akan berlaku jika anda mengambil buah-buahan ketika perut kosong.
Tidak ada perkara buah-buahan, seperti oren dan lemon adalah berasid, kerana semua buah-buahan menjadi alkali dalam badan, menurut Dr Herbert Shelton yang membuat kajian mengenai perkara ini. Jika anda telah menguasai cara yang betul untuk makan buah-buahan, anda mempunyai rahsia kecantikan, umur panjang, kesihatan, tenaga, kebahagiaan dan berat badan normal. Apabila anda perlu minum jus buah-buahan - minum jus buah *sahaja*, BUKAN dari tin. 

Jangan sekali minum jus yang telah dipanaskan. Jangan makan buah-buahan yang dimasak kerana anda tidak mendapat nutrien sama sekali. Anda hanya dapat merasa. Memasak memusnahkan semua vitamin.
Tetapi makan buah-buahan keseluruhan adalah lebih baik daripada minum jus. Jika anda perlu minum jus, minum perlahan-lahan, kerana anda mesti biarkan ia bercampur dengan air liur anda sebelum menelannya. Anda boleh puasa atas buah 3 hari untuk membersihkan badan anda. Hanya makan buah-buahan dan minum jus buah-buahan di seluruh
3 hari dan anda akan terkejut apabila rakan-rakan anda memberitahu anda bagaimana berseri anda kelihatan! *
KIWI: Kecik tetapi besar. Ini adalah sumber yang baik kalium, magnesium, vitamin E & serat. Kandungan vitamin C adalah dua kali ganda daripada oren.
APPLE: Satu epal sehari menjauhkan doktor dari kita? Walaupun epal mempunyai kandungan vitamin C yang rendah, ia mempunyai antioksidan flavonoid & yang meningkatkan aktiviti vitamin C dengan itu membantu untuk mengurangkan risiko kanser kolon, serangan jantung & strok.
STRAWBERRY: Buah pelindung. Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang tertinggi di kalangan buah-buahan utama & melindungi tubuh daripada penyebab kanser, saluran darah tersumbat-radikal bebas. *
OREN: perubatan termanis. Mengambil 2-4 oren sehari boleh membantu menjauh selsema, kolesterol, mencegah & membubarkan batu karang dan juga mengurangkan risiko kanser kolon. *
SemanGKa: Penghilang dahaga tersejuk. Terdiri daripada 92% air, ia juga penuh dengan dos gergasi glutation, yang membantu meningkatkan sistem imun kita. Ia juga merupakan sumber utama lycopene oksidan melawan kanser. Nutrien lain yang terdapat dalam tembikai adalah vitamin C & Kalium. *
JAMBU & Pokok Betik: anugerah Top untuk vitamin C. Mereka adalah pemenang jelas untuk kandungan vitamin C yang tinggi .. Jambu Batu ini juga kaya dengan serat, yang membantu mengelakkan sembelit. Betik kaya dengan karotena, ini adalah baik untuk mata anda. *
*****************************
Minum air sejuk selepas makan = Kanser! * Anda boleh percaya ini? Bagi mereka yang suka minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Ia adalah baik untuk mempunyai cawan minuman sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Sangat tidak lama lagi, ini akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Ia adalah lebih bijak untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
Nota penting tentang serangan jantung .....
Serangan jantung PROSEDUR ': (INI BUKAN jenaka!)
Wanita perlu tahu yang petanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Anda boleh tidak pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Loya dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Enam puluh peratus daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun. Sakit pada dagu boleh menyedar kamu dari tidur yang lena.
Mari kita berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup insha Allah.
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata: jika semua orang yang mendapat mail ini menghantar kepada 10 orang, anda boleh yakin bahawa kami akan menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa.

well kiranya saya dah selamatkan banyak nyawa mungkin..haha cause ramai kan yang baca..

Photo: Makan buah-buahan semasa perut kosong
Ini akan membuka mata anda! Baca ke akhir dan kemudian a hantar kepada semua e-senarai anda. Saya lakukan!
Dr Stephen Mak merawat pesakit kanser terminal dengan cara "un-ortodoks" dan ramai pesakit pulih. Sebelum ini dia menggunakan tenaga solar untuk membersihkan penyakit pesakitnya. Beliau percaya pada penyembuhan semulajadi dalam badan terhadap penyakit. Lihat artikel beliau di bawah.
Terima kasih kerana e-mel pasal buah-buahan dan jus. Ia adalah salah satu strategi untuk menyembuhkan kanser. Sehingga akhir2 ini, kadar kejayaan saya dalam menyembuhkan kanser adalah kira-kira 80%. Pesakit kanser tidak patut meninggal dunia. Penawar untuk kanser sudah dijumpai. Ia terpulang samada anda percaya atau tidak. Saya berasa amat terkilan untuk beratus-ratus pesakit kanser yang mati di bawah rawatan konvensional.
- Dr Stephen Mak
MAKAN BUAH ...
Kita semua berfikir makan buah-buahan bermakna hanya membeli buah-buahan, memotong dan hanya hulur ke dalam mulut kita. Ia tidak semudah yang anda fikirkan. Ia adalah penting untuk mengetahui bagaimana dan * bila * harus makan.
Apakah cara yang betul makan buah-buahan?
IA BERMAKNA TIDAK MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN!
BUAH harus dimakan ATAS PERUT KOSONG
Jika anda makan buah-buahan seperti itu, ia akan memainkan peranan utama untuk menyahtoksik sistem anda, membekalkan anda dengan banyak tenaga untuk penurunan berat badan dan aktiviti kehidupan yang lain. *
BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING.
Katakan anda makan dua keping roti dan kemudian sepotong buah-buahan. Kepingan buah-buahan sudah bersedia untuk pergi lurus melalui perut ke dalam usus, tetapi ia dihalang daripada berbuat demikian.
Sementara itu seluruh pemakanan tadi merosak dan menapai dan bertukar kepada asid. Ketika buah bersentuhan dengan makanan di dalam perut dan jus hadam, jisim keseluruhan makanan mula merosak.....
Oleh itu, sila makan buah-buahan anda pada perut* kosong ** atau sebelum makan anda! Anda telah mendengar orang mengadu setiap kali saya makan tembikai saya sendawa, apabila saya makan durian perut saya kembung atas, apabila saya makan pisang saya rasa seperti berjalan ke tandas, dan lain-lain, benar-benar semua ini tidak akan timbul jika anda makan buah-buahan pada perut kosong. Buah-buahan bercampur dengan makanan lain yang merosak dan menghasilkan gas dan dengan itu anda akan berasap!
Keputihan rambut, botak, cetusan saraf dan lingkaran hitam di bawah mata semua ini *TIDAK* akan berlaku jika anda mengambil buah-buahan ketika perut kosong.
Tidak ada perkara buah-buahan, seperti oren dan lemon adalah berasid, kerana semua buah-buahan menjadi alkali dalam badan, menurut Dr Herbert Shelton yang membuat kajian mengenai perkara ini. Jika anda telah menguasai cara yang betul untuk makan buah-buahan, anda mempunyai rahsia kecantikan, umur panjang, kesihatan, tenaga, kebahagiaan dan berat badan normal. Apabila anda perlu minum jus buah-buahan - minum jus buah *sahaja*, BUKAN dari tin. Jangan sekali minum jus yang telah dipanaskan. Jangan makan buah-buahan yang dimasak kerana anda tidak mendapat nutrien sama sekali. Anda hanya dapat merasa. Memasak memusnahkan semua vitamin.
Tetapi makan buah-buahan keseluruhan adalah lebih baik daripada minum jus. Jika anda perlu minum jus, minum perlahan-lahan, kerana anda mesti biarkan ia bercampur dengan air liur anda sebelum menelannya. Anda boleh puasa atas buah 3 hari untuk membersihkan badan anda. Hanya makan buah-buahan dan minum jus buah-buahan di seluruh
3 hari dan anda akan terkejut apabila rakan-rakan anda memberitahu anda bagaimana berseri anda kelihatan! *
KIWI: Kecik tetapi besar. Ini adalah sumber yang baik kalium, magnesium, vitamin E & serat. Kandungan vitamin C adalah dua kali ganda daripada oren.
APPLE: Satu epal sehari menjauhkan doktor dari kita? Walaupun epal mempunyai kandungan vitamin C yang rendah, ia mempunyai antioksidan flavonoid & yang meningkatkan aktiviti vitamin C dengan itu membantu untuk mengurangkan risiko kanser kolon, serangan jantung & strok.
STRAWBERRY: Buah pelindung. Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang tertinggi di kalangan buah-buahan utama & melindungi tubuh daripada penyebab kanser, saluran darah tersumbat-radikal bebas. *
OREN: perubatan termanis. Mengambil 2-4 oren sehari boleh membantu menjauh selsema, kolesterol, mencegah & membubarkan batu karang dan juga mengurangkan risiko kanser kolon. *
SemanGKa: Penghilang dahaga tersejuk. Terdiri daripada 92% air, ia juga penuh dengan dos gergasi glutation, yang membantu meningkatkan sistem imun kita. Ia juga merupakan sumber utama lycopene oksidan melawan kanser. Nutrien lain yang terdapat dalam tembikai adalah vitamin C & Kalium. *
JAMBU & Pokok Betik: anugerah Top untuk vitamin C. Mereka adalah pemenang jelas untuk kandungan vitamin C yang tinggi .. Jambu Batu ini juga kaya dengan serat, yang membantu mengelakkan sembelit. Betik kaya dengan karotena, ini adalah baik untuk mata anda. *
*****************************
Minum air sejuk selepas makan = Kanser! * Anda boleh percaya ini? Bagi mereka yang suka minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Ia adalah baik untuk mempunyai cawan minuman sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Sangat tidak lama lagi, ini akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Ia adalah lebih bijak untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
Nota penting tentang serangan jantung .....
Serangan jantung PROSEDUR ': (INI BUKAN jenaka!)
Wanita perlu tahu yang petanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Anda boleh tidak pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Loya dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Enam puluh peratus daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun. Sakit pada dagu boleh menyedar kamu dari tidur yang lena.
Mari kita berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup insha Allah.
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata: jika semua orang yang mendapat mail ini menghantar kepada 10 orang, anda boleh yakin bahawa kami akan menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa.

Tuesday, August 19, 2014

7 Petua Atasi Rambut Gugur

Assalamualaikum semua...

Rambut gugur adalah masalah biasa yang sering dialami oleh setiap peringkat usia. Berikut adalah antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk mencegah rambut gugur.

1) Campurkan air asam jawa dan santan dalam s
atu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

2) Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.


3) Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.

4) Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.

5) Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.

6) Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.

7) Ambil tiga biji limau nipis dan ambil jusnya, campurkan dengan 2 biji putih telur. Sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan selama 2 jam. Bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.

Selamat Mencuba  

Doa...

RUGI KLAU X BACA

KISAH DOA TERMAKBUL

KISAH SEORANG ABANG DAN ADIK. 👬

KEDUA-DUANYA ANAK YATIM MISKIN.

MEREKA MENGINAP DI RUMAH PUSAKA PENINGGALAN. KEDUA IBU BAPA MEREKA ADALAH HAMBA ALLAH YANG SOLEH.👪

SI ABANG, SABAN HARI BERDOA AGAR ALLAH MENGUBAH NASIB HIDUPNYA.

DIA MEMINTA DIPERTEMUKAN DENGAN ISTERI YANG CANTIK LAGI KAYA.👰

DAN MEMINTA KEPADA ALLAH AGAR DIRINYA KAYA RAYA HIDUP MEWAH.

SI ADIK PULA,

BUTA HURUF. TIDAK SEPERTI ABANGNYA,

DIA MEMBACA DOA PUN DENGAN MELIHAT KERTAS TERINSUT-INSUT MEMBACA.

SEBELUM BAPANYA MATI, DIA PERNAH MEMINTA BAPANYA MENULIS SESUATU DI ATAS KERTAS,

DAN KERTAS ITU SERING DIPEGANGNYA SETIAP KALI BERDOA.

DIPENDEKKAN CERITA, AKHIRNYA,

ALLAH MEMPERTEMUKAN SEORANG PEREMPUAN YANG CANTIK LAGI KAYA DENGAN ABANGNYA, 👰

LANTAS BERKAHWIN.


SI ABANG SEPERTI MENDAPAT DURIAN RUNTUH DAN KEHIDUPANNYA TERUS BERUBAH.

DIA KELUAR DARI RUMAH PUSAKA,

DAN MENINGGALKAN ADIKNYA.

SI ABANG AKHIRNYA KAYA RAYA, MALAH TERUS KAYA APABILA DIA MEMASUKI MEDAN BISNES.

DIA SUDAH MULA ALPA DENGAN ALLAH,

MELEWAT-LEWATKAN SOLAH, JARANG MEMBACA AL-QURAN, TAPI TIDAK PERNAH LALAI UNTUK MEMINTA KEKAYAAN DARIPADA ALLAH.

KALAU MASUK DALAM BAB PERNIAGAAN, KEKAYAAN DUNIA, MAKA BERBONDONG-BONDONG DOANYA KEPADA ALLAH.

DAN AJAIBNYA, ALLAH BERI APA YANG DIA MINTA.

SI ABANG RASA DIA ISTIMEWA.

SI ADIK PULA, HIDUPNYA TIDAK BERUBAH.

DIA MASIH SEORANG SEDERHANA,

DENGAN KELEMAHANNYA SEBAGAI SEORANG BUTA HURUF,

DIA HANNYA MENDAPAT KERJAYA SEDERHANA,

TERUS MENJAGA RUMAH PUSAKA.

SI ADIK, JUGA RAJIN BERDOA.

SI ABANG TAHU, SI ADIK RAJIN BERDOA.

TAPI SI ABANG MELIHAT, HIDUP ADIKNYA TIDAK BERUBAH-UBAH. 

LANTAS SATU HARI, KETIKA SI ABANG MENZIARAHI ADIKNYA,

SI ABANG BERKATA DENGAN RIAK:

“KAU KENA BERDOA KUAT LAGI.
TENGOK AKU, BERDOA JE ALLAH MAKBULKAN.
KAU NI TAK CUKUP HAMPIR DENGAN ALLAH NI.
BERDOA PUN MASIH TENGOK-TENGOK KERTAS. TAK CUKUP HEBAT.”

SI ADIK TERSENYUM SAHAJA.

SUKA ABANGNYA MENEGUR KERANA PADANYA,

TEGURAN ABANG AMAT BERMAKNA.

SI ADIK TERUS HIDUP SEDERHANA,

DI DALAM RUMAH PUSAKA, DENGAN DOA MELIHAT KERTAS SABAN HARI,

DAN KEHIDUPANNYA TETAP TIDAK BERUBAH.

TIDAK MENJADI KAYA SEPERTI ABANG. 

DITAKDIRKAN,

SI ADIK MENINGGAL DUNIA. KETIKA SI ABANG MENGEMAS-KEMAS RUMAH PUSAKA,

DIA BERJUMPA SATU KERTAS. KERTAS ITU ADALAH KERTAS YANG ADIKNYA SERING PEGANG KETIKA BERDOA.

SI ABANG MENANGIS TERESAK-ESAK APABILA MEMBACA KERTAS KECIL ITU.

KERTAS ITU TERTULIS:

“YA ALLAH, MAKBULKAN LAH SEGALA DOA ABANG AKU”

MASYAALLAH… KEBESARA ILLAHI.

SI ABANG MULA MEMBANDINGKAN DIRINYA DENGAN ADIKNYA.

ADIKNYA KEKAL TAAT KEPADA ALLAH DAN TIDAK MERINGAN-RINGANKAN URUSANNYA DENGAN ALLAH SWT.

ADIKNYA, SEDIKIT PUN TIDAK MEMINTA DUNIA KEPADA ALLAH,

MALAH TIDAK MEMINTA APA-APA UNTUK DIRINYA.

TETAPI ADIKNYA MEMINTA AGAR SEGALA DOA SI ABANG DIMAKBULKAN.

SI ABANG, TIDAK PERNAH SEDIKIT PUN MENDOAKAN SI ADIK.

SI ABANG MULA TERSEDAR,

RUPANYA,

BUKAN DOA DIA YANG MAKBUL. TETAPI DOA ADIKNYA TELAH DITERIMA DAN DI MAKBUL OLEH ALLAH SWT.


CERITA INI MERUNTUN HATI SAYA,

DAN BUAT SAYA SENTIASA BERFIKIR PANJANG.

KADANG-KADANG KITA, BILA ALLAH REALISASIKAN HAJAT KITA,

KITA SUKA MENGIMBAU USAHA-USAHA KITA.

"AKU BUAT BEGINILAH YANG JADI BEGINI."

"DOA AKU MAKBUL!"

"AKU NI MEMANG ALLAH SAYANG. TENGOK, SEMUA BENDA ALLAH BAGI. AKU MINTA JE PUN."

TANPA SEDAR KITA BONGKAK. TAKABBUR.

SEDANGKAN,

KITA TAK TAHU, MUNGKIN YANG MAKBUL ITU ADALAH DOA IBU BAPA KITA,

DOA ADIK BERADIK KITA,

DOA SAHABAT-SAHABAT KITA.

BUKANNYA DOA KITA.

CERITA ITU SANGAT MENYENTUH HATI SAYA.

MEMBUATKAN SETIAP KALI SAYA BERDOA,

SAYA TIDAK LUPA MENDOAKAN IBU BAPA SAYA,

GURU-GURU SAYA, KELUARGA SAYA,

ADIK BERADIK SAYA, SAHABAT-SAHABAT KARIB SAYA,

YANG TERAMAT AKRAB.

SAYA SEBUTKAN NAMANYA AGAR LEBIH MERASAI BAHAWA SAYA MEMERLUKAN MEREKA MENDOAKAN SAYA JUGA.

KITA INI BANYAK DOSA. TERHIJAB.

MUNGKIN DOA ORANG LAIN YANG LEBIH BERSIH HATINYA,

LEBIH SUCI JIWANYA YANG MAKBUL,

MENYEBABKAN RAHMAT ALLAH TUMPAH PADA DIRI KITA.

SEBAB ITU JANGANLAH BERLAGAK.

JANGAN TINGGI DIRI.

JANGAN RASA DOA KITALAH YANG MAKBUL. PULANGKAN SEMUANYA KEPADA ALLAH.

DOA ITU SEBAHAGIAN DARIPADA USAHA SAHAJA SEBENARNYA.

DAN JANGAN RASA SEGAN MEMINTA ORANG LAIN MENDOAKAN KITA.

SEMOGA ALLAH REDHA DENGAN KITA.

AAMIIN.

Monday, August 18, 2014

Cerai main-main dan mengaku bujang--Ustaz Mohd Kazim Elias

Ustaz Azhar Idrus - Suami Mengaku Bujang

Hanya Dengan Bismillah !!

Aku mesti menulis tentang AurangzebNamanya yang sengaja dihitamkan oleh ahli-ahli sejarah yang prejudis dengan Islam harus dibersihkan. Sejak kecil aku mengenali tokoh ini melalui buku-buku sejarah yang diajar di sekolah rendah.
Kata mereka dia adalah seorang tokoh kejam, tidak bertimbang rasa dan tidak berakhlak. Malah pada waktu itu aku menjadi seorang antara  ribuan orang Islam yang menyanjung Akbar, Shah Jehan dan lain-lain raja dalam Dinasti Mogul di India.
Akbar tidak patut disanjung seperti yang ditonjolkan oleh orientalis-orientalis Barat. Sifat bertimbang rasa, lembut dan pemaafnya sangat tidak kena pada tempatnya. Malah ia adalah penguasa yang jelas menentang hukum-hakam Islam dengan menyediakan pelacur-pelacur di tempat-tempat rehat para musafir di dalam negaranya.
Dan kemungkaran terbesar yang dibuat oleh Akbar ialah mencipta agama Din Ilahi, iaitu agama paduan antara Hindu, Buddha, Kristian dan Islam. Beliau juga terlalu memberi muka kepada penentang-penentang Islam dengan menarik semula pembayaran jizyah sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat.
Sebaliknya, Aurangzeb adalah tokoh yang tegas, berani dan kuat memegang syariat. Beliau juga adalah ahli sufi yang benar-benar kuat menjalankan mujahadah dan latihan-latihan rohani. Beliau ialah seorang mujahid yag tidak teragak-agak menggunakan senjata apabila keadaan memerlukannya.
Sembahyang dan puasanya begitu banyak. Beliau mengharamkan arak, nyanyian-nyanyian, tari-tarian, gundik-gundik yang telah bermaharajalela dalam istana Dinasti Mogul sebelumnya. Fikiran dan firasatnya sangat tajam dan ini telah membuktikan dengan beberapa peristiwa.
Satu ketika peperangan telah meletus antara tentera Islam Dinasti Mogul dengan kaum pemberontak  di dalam negara India. Dalam peperangan itu, tentera Islam hampir tewas kerana tentera-tentera musuh menggunakan sihir. Senjata yang mereka gunakan tidak dapat digunakan menentang musuh kerana telah ‘bertukar’ kepada benda-benda lain. Dengan ini, tentera Islam lemah semangat dan dengan mudah dibunuh oleh tentera musuh.
Ternyata, tentera Islam tidak dapat menentang sihir yang dilakukan oleh tentera musuh. Berita ini telah diberitahu kepada Aurangzeb. Kerajaan Mahrata jika tidak segera dikalahkan, akan memusnahkan kerajaan Mogul yang Islam dan ini sudah tentu membahayakan semua penganut Islam di India. Tetapi bagaimanakah caranya? Bagaimana dan apakah yang perlu dilakukan untuk menghadapi tentera-tentera musuh yang menggunakan sihir ini?
Aurangzeb adah pemerintah yang sangat soleh. Beliau adalah seorang putera sufi yang yakin dengan bantuan Allah dalam menghadapi apa jua keadaan. Dikumpulkannya semua tentera Islam dan pada setiap senjata yang hendak dibawa bertempur digantungnya sehelai kain yang bertulis. Tetapi isi tulisan itu dirahsiakan, dan tidak siapa yang dibenarkan membuka kain yang terlipat itu sebelum tamat peperangan.
Aurangzeb mengingatkan tenteranya supaya bertaqwa kepada Allah dan yakinlah selalu dengan bantuan Allah. Beliau juga berpesan supaya jangan gentar menghadapi sihir tentera musuh kerana kain yang diikat pada setiap senjata itu akan menjadi pendinding.
Tentera Islam pun berperang dengan berani dan penuh keyakinan serta bertawakal kepada Allah. Mereka pun berjaya. Bila tamat peperangan, Aurangzeb memerintahkan tenteranya membaca tulisan pada kain yang diikat pada senjata, alangkah terkejutnya mereka bila tulisan pada kain yang diikat itu yang ada pada kain itu hanya perkataan: Bismillah!
baby










Satu tindakan berani yang dilakukan oleh Aurangzeb semasa pemerintahannya ialah mengharamkan muzik yang melalaikan. Sebarang bentuk hiburan selain zikir, selawat dan lagu-lagu memuji Allah dilarang keras. Tentunya itu menimbulkan kejutan yang amat sangat dalam kalangan ahli-ahli muzik di negaranya, kerana selama ini muzik sangat disanjung dan mendapat tempat yang istimewa di hati para pemerintah sebelumnya.







Namun, bagi Aurangzeb yang tegas berpegang kepada syariat, segala bentuk perkara yang haram tetap haram walaupun disukai ramai. Padanya, muzik yang melalaikan membunuh jiwa perjuangan dan menyuburkan rasa khayal kepada cinta asyik maksyuk yang diharamkan oleh Islam. Ia berpegang tegas kepada sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk (manusia) dengan bermaksiat kepada Khalik (Allah).”
Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati yang sangat meluas dalam kalangan para pemuzik dan mereka yang bersimpati dengannya. Lalu mereka mencari satu jalan untuk membantah undang-undang itu. untuk bangun menentang secara kekerasan mereka takut kerana mereka arif benar dengan sikap Aurangzeb yang tidak teragak-agak mengangkat senjata demi menegakkan hukum Allah.
Akhirnya mereka bersepakat melakukan demonstrasi secara besar-besaran. Untuk itu mereka telah membuat sebuah keranda yang besar untuk dibawa semasa perarakan. Dalam keranda itu mereka telah isikan semua alat-alat muzik mereka. Tentu keranda itu sangat besar memandangkan alat-alat muzik kepunyaan para pemuzik di dalam negara India itu sangat banyak.
Pada hari yang ditetapkan, beraraklah beramai-ramai. Sambil berarak mereka menangis tersedu-sedu. Tangisan itu bergema di seluruh negara menghasilkan suasana yang pilu dan menusuk jiwa. Rupa-rupanya tangisan itu mengundang raja dan rakyat seluruhnya kepada nasib pemuzik. Keranda besar itu turut diusung beramai-ramai sehinggalah perarakan itu melalui rumah Aurangzeb. Mendengar tangisan yang mendayu-dayu, Aurangzeb pun bertanya, “Apakah yang sedang berlaku?”
Orang pun menjelaskan bahawa itulah perarakan para pemuzik. Aurangzeb pun keluar melihat perarakan itu dan terus nampak keranda besar yang diusung.
“Apakah yang diisikan dalam keranda besar itu?”
Orang menjawab, “Itulah muzik yang tuanku bunuh. Ia sudah menuju tempat pengebumiannya.”
Mendengar itu, Aurangzeb pun berkata, “katakan kepada ahli-ahli muzik itu, cepat-cepatlah kebumikannya kerana aku dan rakyat ku tidak tahan lagi bau bangkainya!”
Jawapan ini sangat tegas dan tepat. Ahli-ahli muzik yang mengharapkan simpati dari Aurangzeb kecewa dan sekarang mereka kenal siapa Aurangzeb yang sebenarnya. Tetapi dalam hati Aurangzeb, raja soleh itu, puas kerana telah menyelamatkan rakyatnya daripada kelalaian dunia hedonisme. Dia sedar bahawa dialah yang akan ditanya di Padang Mahsyar nanti terhadap apa yang dilakukannya pada rakyat-rakyatnya. Biarlah pahit, kerana itu selalunya ubat.
Dalam hidupnya dia selalu menangis, iaitu apabila mendengar nasihat-nasihat alim-ulama. Beliau sangat serius bila mendengar tarbiah daripada ulama-ulama tasauf. Sembahyang tahajudnya banyak, hidup sederhana dan sering berpuasa sunat. Walaupun istana Mogul cantik dan mewah, Aurangzeb akan berada di situ sewaktu ada tugasan-tugasan rasmi sahaja. Rumahnya yang sebenar berada di tepi istana iaitu sebuah rumah kecil yang sangat sederhana.
Aurangzeb memerintah India selama 47 tahun, iaitu dari tahun 1659 hingga 1707. Semasa menegakkan satu kerajaan yang kukuh, beliau tidak teragak-agak untuk bertindak demi menegakkan hukum Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan saudara-saudaranya. Baginya pertalian syahadah melebihi pertalian darah dan saudaranya ialah siapa sahaja yang kuat berpegang kepada hukum Allah.
Dalam masa pemerintahan juga, beliau terpaksa berhadapan dengan pemberontak-pemberontak yang telah dimulakan oleh pemerintah-pemerintah dahulu. Dengan tegas, beliau menukarkan nama kota Banares, kepada Ahmadabad dan mendirikan sebuah masjid besar yang mempunyai kubah putih dengan menaranya menjulang tinggi ke langit. Berkat melimpah-limpah semasa pemerintahannya apabila hasil pendapatan meningkat dengan tinggi melebihi apa yang dicapai semasa pemerintaha Akbar.
Inilah antara usaha kecil ku untuk membersihkan nama Aurangzeb dari cercaan umat Islam dari zaman ke zaman. Kita telah diracuni sejarah hasil tulisan orientalis yang mengagungkan Akbar dan Shah Jehan. Sedangkan mereka berdualah sebenarnya penguasa yang telah mencuaikan tanggungjawab sebagai khalifah Islam. Sedangkan Aurangzeb yang soleh itu dituduh kejam dan namanya ditenggelamkan dalam sejarah Islam.
Memang dia keras tetapi adakalanya kita memerlukan orang-orang yang keras untuk menjaga kesucian Islam. Peribadi Aurangzeb yang tegas ini mengingatkan kita kepada Sayidina Umar Al Farouk yang terkenal ketegasannya itu. Dan mereka berdua inilah antara ribuan mujahid-mujahid Islam yang menepati sanggup dibenci kerana menjaga kesucian agama.
Sebagai manusia biasa, Aurangzeb tentunya mempunyai kesalahan dan kelemahan. Semoga, baginda diampunkan Allah. Mungkin menyedari kelemahannya itu, baginda telah berkata, “Kalaupun aku kejam, adalah kerana cinta ku kepada Islam semata!”
Wallahu A'lam.







Hari Ayah Jangan Hanya Text aje...

“Abah, selamat Hari Ayah hari ni” Sent … Aini
“K. Terima kasih Along… ;)”
“Terima kasih menantu abah ”
Ana : “Pssst Aini, tengah buat apa tu?”
Aini : “Owh ana, nak mencelah pun bagi la salam dulu…. Ni, aini wish selamat hari Ayah kat Abah dan ayah mentua aini. Ana dah wish?
Ana : “Owh… Ana dah lama wish. Setiap hari. Lima kali sehari”
Aini : “Wah… anak bapak la katakan”
Ana : “ Aini, kita ni sebagai anak janganla hanya sekadar wish guna text mahupun call. Apa yang penting DOA kepada mereka selepas kita solat tu.
Itu yang lagi Utama”
Doa Untuk Ibu Bapa:
doa

IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!