Tuesday, January 20, 2015

Takrif Kinayah ( الكناية )

Takrif Kinayah

Kinayah : Kiasan

أن نتكلم بالشيء نرید غیره
Kita cakap tentang sesuatu tetapi yang dikehendaki adalah yang lain

Contoh : Itik pulang petang

Contoh :
نئوم الضحى
Na’uumu ad-Dhuha
Bangun pada waktu Dhuha.
Banyak tidur, bangun sama naik dengan matahari segalah
=> Orang ini kaya, ramai pembantu rumah. Boleh bangun lewat
Kiasan tentang kemewahan.

Contoh :
لا ترفع عصاك عن أهلك
Jangan sesekali kamu angkat tongkat dari kalangan ahli keluarga
BUKAN: buang tongkat, pukul
=> Jangan berhenti mendidik ahli keluarga

Contoh : زینب ناعمة الكفین
Dua tapak tangan Zainab lembut
=> Kiasan tentang kemewahan hidup
Keperluan Menggunakan Kinayah (Kiasan): Tidak mahu menggunakan perkataan yang buruk atau keras.

Contoh : لا تضع العصا فى الدولاب
Jangan letak tongkat dalam almari
=> Jangan buat sesuatu bukan pada tempatnya. Tongkat bukan dalam almari tempatnya

1. Kinayah Tentang Sifat: كنایة عن صفة


Contoh : hadis  "المؤمن یأكل في معى واحد والكافر یأكل في سبعة أمعاء"
Makna: Orang beriman itu makan untuk satu perut sahaja dan orang kafir itu mereka makan untuk tujuh perut
=>Satu perut bermakna berpuas hati (cukup sekadarnya). Tujuh perut kiasan kepada sifat tamak haloba.


Contoh : Syair Abu Nawas أبو نواس
Pisahkanlah bahumu daripada orang itu, berlalulah daripadanya dengan sejahtera
Kiasan tentang beralah, berdamai *kiranya sifat beralah la kan tengah sesak tu kira macam bertolak ansur la.-tapi ni maksud jelah syair dia sorry tak tahu..heheh..

2. Kinayah Tentang Orang/ Benda: كنایة عن موصوف

Contoh :
تعلمت لغة الضاد
Makna: Saya telah belajar Bahasa Dhod  (ض)
Bahasa huruf Dhod (Bahasa Arab)
Tiada bahasa di sunia ini yang ada huruf dhod kecuali Bahasa Arab

Contoh : قد جاء إلیك النذیر
Makna: Telah datang kepadamu peringatan
النذیر = الشیب (uban)
Uban kiasan kepada peringatan
“Peringatan sudah banyak……”

Contoh : تصافحت مع خادم الحرمین
Saya telah bersalam dengan penjaga dua masjid Haramain
penjaga dua masjid Haramain خادم الحرمین kinayah kepada Raja Saudi
Bukan tukang jaga pintu tau!

Contoh : سافر أبي إلى مهبط الوحي
Makna: Bapa saya telah bermusafir ke Tempat Turun Wahyu
Tempat Turun Wahyu مهبط الوحي kinayah tentang negara Makkah

Contoh : أشكو من قلة الفأرة فى بیتي
Makna: Saya nak mengadu, tikus kurang di rumah saya
tikus kurang قلة الفأرة kinayah kepada kemiskinan yelah bila tikus tak ada kira macam kat rumah kita tu tak ada makanan la paham tak??

Contoh : رجعت إلى مسقط رأسي
Makna: Saya telah pulang ke tempat jatuh kepala saya
tempat jatuh kepala saya مسقط رأسي kinayah kepada tanahair

Contoh : ذهب ابني إلى شمس المشرقة
Makna: Anak saya pergi ke nagara matahari terbit.
matahari terbit شمس المشرقة kinayah kepada negara Jepun

3. Kinayah Tentang Nisbah: كنایة عن نسبة

Menggunakan sifat dan dikaitkan dengan mausuf (benda/ manusia)


Contoh : في قلنسوة عمر أسد
Makna: Dalam songkok Umar ada singa
alaqah: songkok
Nisbah berani kepada Umar

Rujukan daripada  http://arabmykrk.com/ taip je kinayah kat search box tu. Sama je sebenarnya.

Sorry la kalau ada yang kurang mungkin bolehlah cari lagi sendiri di internet.

No comments:

Post a Comment

IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!