Monday, October 20, 2014

Kempen Sentuh Anjing Dapat Sambutan Muslim..Astaghfirullah

Assalamualaikum para pembaca yang budiman sekalian,
sekarang ni semakin berleluasa tau perangai masyarakat kita ni..apa nak jadilah ni.
Sememangnya pegang anjing itu sudah sahih kita tahu bahawa haram hukumnya.Namunia dibolehkan bagi beberapa keadaan seperti menyelamatkan anjing yang lemas,dipelihara sebagai haiwan buruandan yang seumpama dengannya.











Di sini,bukan nak dikatakan bahawa saya ni berfikiran jumud dan tertutup,oh yalah kempen yang diadakan itu actually nak hilangkan perspektif negatif la tentang anjing terhadap umat islam.Hal ini dah jadi seumpama suatu penyelewengan tau.Pegang anjing tanpa sebab..saja2 pegang tanpa sebab yang munasabah is still x boleh.ALAHAI...kononlaa nak tengok masyarakat majmuk saling membantu..WHAT DA..UHH..




Next,kempen "I Want To Touch a Dog" ini dikatakan sebuah kempen yg diadakan khas untuk membantu umat islam untukmengatasi perspektif negatif terhadap anjing.Hmmm..daripada buat kempen macam tu baik kau buat kempen belajar Hadith ke,Usuluddin ke,belajar ilmu Feqah ke and what so ever.Yang macam tu tak nak pulak buat.Kalau buat pun..mak aii..mahal pulak bayaran..ini nak dorong umat islam belajar ke apa..


Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.Uhh.. tak masuk akal langsung. Ada jugak kempen macam ni..dah2 la tu macam2 kempen maksiat yang ada kat Malaysia ni.Tak terkawaldah ni. "Kalau nak pergi kempen maksiat laju je" kata
sahabat saya Maryam..haha..memang betul pon !!




Yang tak boleh tahannya,ibu bapa turut bawa anak2 mereka ke kempen tersebut nak kasi pegang anjing la..kasi pendedahan bak melentur buluh biarlah dari rebungnya..macam tu ke ha?Heart attack tau..
Siap ada forum mini pulak tuh dari Ustaz mana pulak dah..yang forum tu kira oklah bagi pendedahan and sesi bertanyakan soalan serta belajar la cara nak sertu najis mughallazah tu.

Bak kata Ustaz saya,matlamat tak menghalalkan cara ok. Tak perlulah..rosakkan cerminan agama je.buat malu  je.Cara berinteraksi dengan anjing..hmm..baiklah berinteraksi dengan Allah dan sesama makhluk dulu..
Menurut artikel yang saya baca,mereka nak membuang pemikiran negatif umat islam yang mengatakan anjing tak boleh dipegang. Memang islam itu mudah tapi tolonglah jangan buat rasa tak bersalah bila kau manipulasikan antara perkara yang hak dan batil.




Saya tulis artikel ni bukanlah sebab sayatak suka anjing ke apa.Tapi untuk memberitahu anda semua bahawa apa yang dilakukan itu adalah salah. Lagipun,apa sebab yang nak pegang anjing sangat tu? Saya rasa semua umat islam tahu tentang status anjing tu. Tak kan lah nak tunggu sampai ada KEMPEN "I WANT TO TOUCH A PIG" memang over la tu.

So,Akhirul kalam dari saya,apa2 pun tolonglah buat sesuatu itu ikut apa yang telah ditetapkan oleh syariat islam yang sudah terang lagi jelas. Sebarang persoalan bolehla anda bertanyakan kepda golongan ustaz dan ustazah yang bertauliah dan boleh dipercayai.

Wallahu a'lam,

Assalamualaikum..

Sunday, October 12, 2014

you're not sorry

All this time I was wasting
Hoping you would come around
I've been giving out chances every time
And all you do is let me down


And it's taking me this long
Baby but I figured you out
And you're thinking we'll be fine again
But not this time around


You don't have to call anymore
I won't pick up the phone
This is the last straw
Don't wanna hurt anymore


And you can tell me that you're sorry
But I don't believe you baby
Like I did before
You're not sorry, no, no, no, no


Looking so innocent
I might believe you if I didn't know
Could've loved you all my life
If you hadn't left me waiting in the cold


And you got your share of secrets
And I'm tired of being last to know
And now you're asking me to listen
Cause it's worked each time before


But you don't have to call anymore
I won't pick up the phone
This is the last straw
Don't wanna hurt anymore


And you can tell me that you're sorry
But I don't believe you baby
Like I did before
You're not sorry, no, no, oh
You're not sorry, no, no, oh


You had me falling for you honey
And it never would've gone away, no
You used to shine so bright
But I watched all of it fade


So you don't have to call anymore
I won't pick up the phone
This is the last straw
There's nothing left to beg for


And you can tell me that you're sorry
But I don't believe you baby
Like I did before
You're not sorry, no, no, oh
You're not sorry, no, no, oh
No, oh, no, oh, no oh
Whoa, no, no

haha.. i'm singing this song ok..so just paste it here to share to all of you..enjoy!

Monday, September 29, 2014

S I A P A K A H D I A ?

Siapa tahu pemilik bunyi derapan kaki di syurga?
Di dunia dia hitam..
Di dunia dia hamba..
Dia dunia dia tak punya apa apa..
Beliau kasihkan Rasulullah..
Rasulullah kasihkan beliau..
Bilal beriman kepada Allah walau disiksa dengan teruk sekali..
Selepas Rasulullah wafat dia pindah dari Madinah kurang sikit kerinduan nya.. tapi lagi kuat rindunya..
Nak bagitahu kat sini yang Bilal punya rindu kat Rasulullah tak sebanyak kita rindu Rasulullah..
Bilal sampai tak nak azan sebab sebak..
Sebelum dia azan..
Dia akan kejut Rasulullah dari tidur..
Kalau tak dia.. Rasulullah yang kejut kan dia..
Rasulullah selalu tunggu dia dari menara lepas dia azan..
Rasulullah sambut dia..
Mana mungkin dia tak rindu..
Bilal takut..
Takut di tinggal Rasulullah..
Sebab dia rindu..
Hebat bilal ni..
Lepas dia keluar dari Madinah tu.. Dia ke syam rasanya
Dia ingat dia dapat kurangkan rindu..
Tp lagi bertambah rindunya..
Satu malam tu bilal bermimpi Rasulullah..
Rasulullah tanya knpa dia dah lama tak melawat Rasulullah..
Mana bukti dia rindu Rasulullah..
Pastu bilal terkejut.. Dia nangis.. Nangissss beria ria.. Sangat..
Sampai keluarga dia tanya "kenapa bilal kenapa kamu menangis"..
Bilal cakap "aku bermimpi Rasulullah"..
Pastu esoknya dia balik semula ke Madinah..
Dlm perjalanan tu dia menangis..
Menangis sebab rindukan Rasulullah
Dlm hati dia cuma satu..
Kepulangan dia cuma nak melepaskan rindu pada kekasihnya..
Sampai suara dia tak ada
Sampai shja dekat maqam Rasulullah..
Dia memberi salam dalam suara yg lemah dengar tak je suara..
Sbb dia nangis terlampau sangat.. Sbb rindu yg kuat sgt..
Dia beri salam.. "Assalamualaika ya Rasulullah, assalamualaika ya habiballah"
Masa tu khulafa ar rasyidin tepuk kepala bilal.
Masa tu saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar..
Lupa antara salah seorang tu ckp kat bilal
"Wahai bilal, ingatlah airmata yang menangis kerana rindukan Rasulullah itu.. Takkan ditinggalkan Rasulullah"
"Dan engkau adalah orang yang tidak pernah ditinggal Rasulullah"..
Pernah tak awk nangis kerana rindu Rasulullah??
Jwb sendiri..
Pastu bilal tanya "benarkah begitu?"
Khulafa ar rasyidin pun menjawab.. "Benar"..
Pastu bilal terus peluk mereka
Airmata kurang dah..
Sbb gembira dgr Abu Bakar kata begitu..
Allah Allah Allah..
Lepastu Abu Bakar kata..
Sudah beradanya kamu di madinah.. Bagaimana kalau kamu azan..
Lepas tu bilal toleh kat menara..
Bilal teringat Rasulullah
Airmata yg tadi dah berenti, datang balik..
Bilal nangis lg..
Bilal berkata..
"Tidak Abu Bakar tidak wahai Umar..
Aku tidak kuat lagi untuk azan"..
Lepas tu, datang dua anak kecil
Sorang pegang tgn kanan sorang pegang tgn kiri..
Teka siapa anak kecil dua orang itu????
Kanan Saidina Hassan kiri Saidina Hussin..
Lepas tu Bilal terus lahir rasa syukur sbb Allah hadir kan anak kecil yg merupakan orang yang dikasihi Rasulullah..
Wajah Hassan mirip Rasulullah..
Kaki Hussin mirip Rasulullah..
Bilal tengok wajah Hassan dan tengok kaki Hussin byk kali..
Lepas Bilal tengok Saidina Hassan dan Hussin..Bilal peluk mereka.. Jelas..
Bilal terbau bau Rasulullah..
Sollu alan nabiy!
Macam tu sekali cintanya Bilal pada Rasulullah..
Tak lama selepas itu..
Hassan dan Hussin berkata..
"Bilal aku rindu mahu mendengar suara kamu melaungkan azan"
Mereka minta Bilal azan..
Bilal toleh pada Abu Bakar dan Umar..
Abu Bakar suruh Bilal lakukan..
Masuk waktu.. Ramai orang tunggu Bilal untuk dgr Bilal azan..
Ramai dah bertanya "di mana Bilal? Mana Bilal?"..
Lepas tu terpancar satu cahaya dari susuk tubuh yang gelap..
Bilal mmg gelap..
Tp dari kegelapan kulitnya terpancar satu cahaya yang menunjukkan cahaya pertama dia mencintai Rasulullah..
Bilal mula berdiri ditempat yang biasa beliau berdiri..
Semua orang menangis kerana teringat kenangan bersama Rasulullah..
Bilal terus berjalan untuk naik ke menara..
Masa naik tu Bilal nangis lagi
Bilal teringat Rasulullah..
Bilal terlihat dimata tempat Rasulullah menghantarnya menunggunya ketika dia azan..
Orang ramai yang menyaksikan Bilal ketika itu pakat menangis..
Sehingga dikatakan tiada tangis sebanyak tangis ketika
waktu itu di Madinah..
Akhirnya bilal terus memulakan azannya
الله اكبر الله اكبر
Dengar shja suara Bilal azan..
Semua jemaah menangis..
Menangissss sedih..
Rindu Rasulullah..
Rindu kekasih..
Rindu kekasih Allah..
Bilal teruskan juga azannya..
Masa tu jemaah ada yang menangis.
Jatuh..
Malah ada yang pengsan..
Knp mereka nangis??..
Knp mereka jadi lemah?
Knp mereka jd camtu?
Sebab teringat kenangan bersama Nabi Muhammad SAW..
Sehingga orang yang diluar masjid pun terkejut dgr Bilal azan.
Ada yang bertanya..
"Adakah Rasulullah dibangkitkan lagi, dibangkitkan semula?"
Sebab dulu bila dgr suara Bilal, mesti ada Rasulullah..
Jadi bila mereka terdengar suara Bilal..
Yang sudah lama tak kedengaran..
Seolah Rasulullah ada disitu..
Sbb tu mereka bertanya adakah Rasulullah dibangkitkan lagi..
Dijawab orang yang kat situ "Tidak, Itu suaranya Bilal"..
Lepastu mereka menundukkan kepala..
Masa azan Bilal bin Rabah sampai di kalimah Syahadah..
Makin ramai yang menangis..
Sehingga tangisan itu didengari..
Bilal juga menangis..
Sampai suaranya hilang..
Masa menyebut nama Muhammad.. Bilal terus pengsan
Kemudian Bilal tersedar..
Bilal berkata,
"Lanjutkan.. aku tidak mampu melanjutkan"..
Di saat kalimah MuhammadarRasulullah,
Bilal jadi lemah..
Allahu Rabbi...
Macam tu lah kerinduan Bilal kepada Rasulullah..
Ketika menyebut nama Rasulullah..
Itu yang Bilal rasa..
Rindu..
Rindu sampai lemah..
Tak terdaya..
Tp bila kita sebut nama Rasulullah.. Muhammad saw..
Apa yang kita rasa?
Apa yang kita rasa wahai sahabat ku semua ??
Dan pernah terfikir apa perasaan Baginda kalo tengok keadaan kita sekarang ..?
Bangga kah baginda dgn solat kita ? Aurat kita ? Ikhtilat(pergaulan lelaki perempuan) kita ?
Fikir sendiri, jawab sendiri.
wallahu a'lam
wassalam...

M I N D S E T

Assalamualaikum you ollss..
today i ada baca kat wall facebook i about this posted by my auntie..
enjoyy it !!!

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia
memberi pesan kepada kedua anaknya :
“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan
kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”
“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”
“Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik
matahari secara langsung”
5 TAHUN BERLALU:
Sang ibu menjenguk anak sulungnya
dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.
Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.
Si sulung menjawab : “Saya mengikuti pesan ayah bu…
Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun
sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama²
habislah modal saya..
Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar
matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang
kerja saya selalu naik teksi”.
Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang
keadaannya berbeda jauh.
Si bungsu sukses
menjalankan bperniagaannya.
Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bungsuku, hidupmu
sedemikian beruntung, apa rahasianya…?”
Si bungsu menjawab : “Ini karena saya mengikuti
pesan ayah bu..
Pesan yang pertama saya dilarang
menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu
saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun
sehingga modal saya tetap kukuh”.
“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari
secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada
saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan
pulang setelah matahari terbenam, sehingga para
pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup
lebih lewat”.
Perhatikan..
Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesan yang SAMA,
namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang
atau MINDSET berbeda.
Mereka MELAKUKAN cara. .
berbeda sehingga mendapatkan HASIL yang berbeda
pula.
Hati² lah dengan Mindset kita..
Mindset positif memberi h.asil menakjubkan, sebaliknya
mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.
Think positif .....
The choice is yours..!

Wednesday, September 10, 2014

Kill Them With Kindness



We are not rich when we have 'a lot' , but when we are able to provide 'a lot' 

Assalamualaikum and hello to the world ! ! !...

Today..haha..tonight actually,i wanna share to all of you about being kind to everyone and every creatures in the world ok.

Look up there,as you can the the old man feed the cat and eat with it eventhough he is poor but still being a generous person by feeding the cat.



For your information ok,to all readers,actually i really love cats no matter it is big or small,fluffy or not.Other than that,not only cat stick into my heart but i do love many types of animals actually such as rabbits,horse or pony,birds,goats,calf to name a few.

I've experienced being a volunteer at Zoo Negara in Malaysia in Kuala Lumpur when i was 15 years old if i not mistaken and it is a very best experience ever in my life being a volunteer.There,i've tought how to feed the animals and clean their cages,It was a very pleasure moment for me as i am animal lover.

So,from this,i would like to encourage all my readers here no matter who is and no matter what is it..respect everyone and you'll get back.VICE VERSA...



Always remember,

There is more to being classy than simply,
being stylish and confident,
Being classy means always
being kind,respectful and polite,
eventhough to those who are unkind to you.

Being HUMBLE is more important than being WISE,
Because God doesn't need a PROUD mouth,
That SPEAKS much.
But a KIND heart that LISTENS.



If you really want to be accepted by your peers,you'd to better to focus your energies on making yourself valuable
to those around you.Being a good friend, a kind and helpful person , and someone who excels at what they do will go further to gain you acceptance than the stuff that money can buy.



For that I am Sharifah Fatin Afiqah Binti Syed Abdul Halim and i love all my friends and of course you too my loyal readers haha...


- Originally Written by me -
#Trying to improve my writing
Hope you enjoy...

Oh My ! ! !



Kejammmmmm!!!
Sampai2 kawasan parking rumah, tiba2 terperanjat dengar bunyi kuat jatuh dari atas. Nampak sangkar kucing berisi 3 ekor anak kucing pecah diatas jalanraya. Bila pandang atas, tiada siapa2 dikawasan tangga pangsapuri.
2 ekor terkuar dari lubang sangkar yg pecah mengeletek dan mati. Sekor lagi mengerang kesakitan dan mati selang beberapa minit kemudian.
Jiran yang mendukung anak terperanjat sebab sangkar kucing tu betul2 jatuh 5 meter dihadapannya. Anak2 jiran cari ibu kucing dan letak berhampiran anak kucing. (Lihat gambar)
Ajk penduduk kenal owner sangkar kucing, tinggal di tingkat 9. Apabila dihubungi, owner sangkar kucing masih berada di KL otw balik rumah dari tempat kerja.
Mungkinkah perbuatan khianat?. Masalahnya 'apa salah anak2 kucing ni sampai kena campak dari tingkat 9?'

Inilah info yang saya dapat daripada facebook saya...very the tidak berperikemanusiaan tau...

Di sini ingin saya khabarkanlah ye...

Janganlah kita tanamkan sifat hasad dengki yang mendalam dalam diri kita kerana sifat hasad dengki ni sifat mazmumah yang memakan diri kita sendiri.Ekoran daripada sifat hasad dengki tu hah mulalah buat perkara tak elok macam yang kat atas tu...ada ke patut campak kucing...anak kucing pula...ya Rabbi...

Setidaknya,muhasabah la diri tu,jangan buat tindakan melulu bak kata pujangga lah kan...fikir masak-masak,ha bukan main masak-masak.

Ok finelah...cuba kita bayangkan eh orang buat sesuatu tak elok terhadap barang kepunyaan kita..of course lah you hate it right ! So,janganlah buat dekat orang lain.Benda boleh settle boleh bawa pergi berbincang dan cari penyelesaian terbaik.

Akhirul kalam,jauhilah sifat mazmumah dan pupuklah diri ke arah sifat mahmudah yang terpuji..

Assalamualaikum.


Saturday, September 6, 2014

Jangan kita lupa

' Jom kita pergi usrah nak ? '
' Aku bukan taknak, tapi aku busy la. Banyak assignment. Sume benda ni mengganggu '
Bila diajak pergi dgr talk, pergi majlis ilmu
' Maaf. Aku kene study. Aku kena dapat 4 flat '
Jadi line-up society?
' Sori. Aku taknak pegang apa-apa jawatan. Semua benda tu tak penting. Aku nak fokus belajar. Hadaf aku masuk universiti ni untk belajar '
3K.
Maka lahirlah mahasiswa 3K.
Hidupnya hanya pergi KELAS.
Belajar dan terus belajar.
Pergi ke KAFE bila lapar.
Makan dan terus makan.
Panjat KATIL bila dah mengantuk.
Tidur dan terus tidur.
Yes. Betul.
Kita ke universiti untuk belajar. Tapi jangan lupakan matlamat hidup kita yang lain. Jangan lupakan pengisian kita sebagai hamba Allah..
Belajar itu ibadah, tapi kalau sampai lupa tanggungjawab sebagai muslim , ibadah lagi ke?
Wabak mahasiswa 3K semakin membarah.
Sampai solat pun di hujung waktu sbb study,
Sampai langsung tak melibatkn diri dalam society,
Sampai langsung taknak pergi majlis ilmu lain,
Sampai langsung takde masa untk berukhuwwah.,
Apabila hidup mengejar 4 flat.
Apabila belajar untk kerja.
Hayati keindahan hidup di alam kampus dgn belajar,
berusrah, berukhuwwah, bersociety, menghadiri majlis ilmu, dll.
Belajar belajar jgak,
Tp jgn lupakan matlamat hidup kita yg lebih utama.
Khalifah.
Abid.

Wednesday, September 3, 2014

Tribute Awan yang Terpilu


Assalamualaikum...

Post kali ini khas saya tujukan bersempena kejadian yang menyayat hati yang menimpa negara kita iaitu kejadian MH 17 yang telah ditembak jatuh di Ukraine. Seperti yang kita sedia maklum, pesawat MH 17 pada masa itu sedang membuat penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Nahas kapal terbang ini telah mengorbankan sejumlah nyawa yang amat besar iaitu seramai 283 penumpang dan seramai 15 orang krew yang bertugas di dalam kapal terbang tersebut.

Dengan ini saya Sharifah Fatin Afiqah Binti Syed Abd. Halim ingin mengucapkan takziah buat semua ahli keluarga mangsa dan tidak lupa juga kepada ahli keluarga MH 370 yang mana pesawat tersebut masih belum ditemui sehingga kini.


Salam Takziah daripada kami, pelajar

 Pra-Universiti SMK Segambut Jaya dan  SMK Segambut Jaya



Pray For MH 17 From Pra-U Sejaya   






Pelajar Pra-Universiti SMK Segambut Jaya  



Para pelajar SMK Segambut Jaya  





Para pelajar Pra-Universiti SMK Segambut Jaya   



Pelajar SMK Segambut Jaya     







-Al-Fatihah-
                                              

Tribute to MH 17

Pray for MH 17 and MH 370...

Malaysia Airlines flight 17 was a scheduled international passenger flight from Amsterdam to Kuala Lumpur that was shot down on 17 July 2014 ,killing all 283 passengers and 15 crew on board. The Boeing    
777-200ER  airliner lost contact about  50 km from the Ukraine -Russia border and crashed near Torez in Donetsk Oblast, Ukraine, 40km from the border.


The crash occured during the battle in Shakhtarsk Raion , part of the ongoing war in Donbass, in an area controlled by the Donbass People's Militia.

For that, i set the deepest condolence for MH 17 and not forgotten to MH 370...











Bersyukurlah !!!

Assalaamualaikum

BAHAGIA ITU SEDERHANA.
Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.
Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.
Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.
Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.
Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.
Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.
Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.
Mencuci dan menyetrika timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.
Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.
Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.
Mendapatkan banyak komplen dari customer kita menandakan bahwa customer kita masih ada, masih loyal dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik.
Mendengar bunyi exzos & hon itu bererti aku bisa mendengar
Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu berarti aku masih hidup.
Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.
Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.
Seseorang yang peduli tentang aku telah
mengirimkannya kepadaku.
Dan kerana aku peduli tentangmu maka aku mengirimkannya juga kepadamu.
Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.
Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkahi dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian.

Wednesday, August 27, 2014

The Story Of a Blind Girl

Assalamualaikum and hello to all readers...

There was a blind girl who hated herself just because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She said that if she could only see the world, she would marry her boyfriend.

One day, someone donated a pair of eyes to her and then she could see everything, including her boyfriend. Her boyfriend asked her, “now that you can see the world, will you marry me?”

The girl was shocked when she saw that her boyfriend was blind too, and refused to marry him. Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her saying:

“Just take care of my eyes dear.”

This is how human brain changes when the status changed. Only few remember what life was before, and who’s always been there even in the most painful situations.





Life Is A Gift
Today before you think of saying an unkind word–
think of someone who can’t speak.

Before you complain about the taste of your food–
think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife–
think of someone who is crying out to God for a companion.

Today before you complain about life–
think of someone who went too early to heaven.

Before you complain about your children–
think of someone who desires children but they’re barren.

Before you argue about your dirty house, someone didn’t clean or sweep–
think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive–
think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job–
think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another–
remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker.

And when depressing thoughts seem to get you down–
put a smile on your face and thank God you’re alive and still around.




Life is a gift – Live it, Enjoy it, Celebrate it, and Fulfill it

Tuesday, August 26, 2014

Hormatilah Guru

Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, membetulkan kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan.
Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu.  Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang.
Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.” (An-Nisa’ :59)
alt
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.
Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu diamemeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Shafie ” Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.
Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu” Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.
baca
Rasulullah s.a.w bersabda:
” Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami.” (Riwayat Ahmad)
baby
Belakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru. Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata,“Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku.” Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.
Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru.
Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan  guru dalam setiap urusan mereka.
baby
Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan “engkau” dan “awak”.  Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata “Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?” dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.
Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.
sucsess
Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat. Ibnu ‘Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu ‘Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu ‘Abbas pun menjawab: Jangan.
Begitulah hormatnya ulama’ dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah.

BERHEMAH DALAM MENEGUR

Assalamualaikum para pembaca yang dihormati...
kali ini coretan yang ingin dikongsi berkisar tentang adab untuk menegur dan memberi nasihat 
enjoy and interpret it digestively..haha !! 
”Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.”
Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.
alt

Sememangnya dalam kehidupan ini, setiap orang ada perbezaan pendapat dan  pandangandan ianya sesuatu perkara yang lumrah dan apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.
Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.
Sepatutnya time kite nak tegur org tu janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan then buat andaian yang bukan-bukan tak pun berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.Haa itu dah menyimbah minyak dalam api yang marak namanya..
Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu kita kena teliti dan halusi sertai kaji kebenarannya sebab perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”
Tetapi, sejak kebelakangan ini kita boleh tengok la semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur walaupun apa yang dinyatakan tu ada kebenarannya.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
”Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”
Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita kena berhati-hati apatah lagi kalau kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ untuk menjelaskan sesuatu perkara.
Panduan
Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah;
1) tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2) mencari waktu yang tepat
3) memahami kedudukan orang yang ditegur
Hakikatnya, Islam dah bagi panduan jelas untuk memberi teguran dan macam mana sikap kita apabila ditegur. Kita ttak boleh melatah tak pun terlalu emosional sampai  melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Semua itu takkan selesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tak kira la sama ada kita ni pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.
Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.
Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan,
”Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk.”
Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi  mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kira seburuk apa pun kesalahannya.
Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;
”Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”
Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.
Rasulullah s.a.w bersabda
”Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan”.
Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu , elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini tak pun putar belit cerita kan..haa
Tahu tak !!! pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.
Dalam buku Ihya ‘Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.
Bagi pihak orang yang memuji tu, keburukan yang akan dia dapat ialah bila dia puji lebih-lebih sangat,last skali sampai tahap dusta, sebab apa? Sebab dia memuji dengan berpura-pura je konon nak tunjuk la rasa cinta, simpati, prihatin and what so ever sedangkan dalam hatinya hah kau puaka habis, kiranya dia cakap sesuatu yang tak disokong oleh fakta sebaliknya bohong semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji tu padahal orang tu buat salah.
Bangga
Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) – kedua-dua ni ialah penyakit yang boleh ‘mematikan’  dan keburukan kedua, orang yang dipuji tu hah mula lah rasa hebat sangat sampai tak perlu  bersusah payah dan bekerja kuat.
Kesimpulannya, apa pun yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah  teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.
Sebab setiap apa yang kita katakan akan dihitung di akhirat kelak apatah lagi jika berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.
Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”

IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!