Saturday, April 7, 2012

SABAR...


Suami Hebat, Suami Penyabar


Suami
RASULULLAH MENCONTOHKAN SIFAT SABAR TERHADAP KARENAH ISTERI
Di dalam buku Purnama Madinah karya Ibn Saad, Bandung , Mizan 1997, muka surat 173, ada tercatat sebuah hadis yang berbunyi, Umar pernah berkata, "Ya Rasul, mahukah engkau mendengar aduan saya? Kami kaum Quraisy biasa menguasai isteri kami.
Kemudian kami pindah ke sebuah masyarakat (Madinah) di mana lelaki tunduk diam pada isteri mereka. Kemudian kaum perempuan kami meniru perilaku perempuan Ansar ini.
Suatu hari saya menegur isteri saya dan dia menjawab balas. Saya tidak menyukai perilaku seperti itu. Dan dia berkata, 'Apakah kanda tidak menyukai dinda menjawab? Demi Allah, para isteri Rasullullah menjawab balas baginda.
Sebahagian mereka mendiamkan baginda sepanjang hari sampai malam.' Saya (Umar) lalu berkata, 'Dia rugi. Apakah dia merasa aman dari kemurkaan Allah kerana kemarahan Rasulnya sehingga dia mendapat hukuman?'" Nabi tersenyum dan tidak menjawab aduan daripada Sayidina Umar itu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW tidak mengiyakan ataupun menidakkan perkataan Umar. Isteri juga mempunyai suara dan pendapat yang harus didengari suami. (Cuma perbincangannya haruslah dengan hikmah). Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, "Dari hadis tersebut dapat diambil pelajaran bahawa terlalu keras terhadap isteri bukanlah sikap yang terpuji. Sebab, Rasulullah SAW sendiri meniru sikap orang  Ansar dalam memperlakukan wanita mereka dan meninggalkan sikap kaum baginda  sendiri."
UMAR MENCONTOHI KESABARAN RASULULLAH TERHADAP LETERAN ISTERI
Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata,"Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?"


Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata,
"Wahai Amirul mukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"
Umarpun berkata kepadanya,"Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.
Lelaki itu menjawab,"Wahai Amirul mukminin, demikian jugalah isteriku."
Umar berkata,
"Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja."
Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan,
"Janganlah seseorang yang beriman (lelaki) membenci seorang (isterinya yang) beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka."(Riwayat Muslim dan Ahmad).

renung meh sini...


Allah Ajarkan Untuk Ingat kepadaNya Setiap Waktu


taubat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Apa khabar sahabat semua? Semoga terus mendapat pengajaran dan difahamkan Allah di dalam menjalani kehidupan ini. Saya menulis malam ini dengan menahan sakit perut akibat gastritis. Namun kerana topik ini sangat penting dan kritikal sekali saya mengambil keputusan untuk terus menulis dan berkongsi tentangnya. Maafkan sekiranya ada salah ejaan atau kelam kabut bahasa tulisannya.
Alhamdulillah dari perjalanan demi perjalanan yang digerakkan Allah samada perjalanan menuntut ilmu dengan guru saya, bacaan saya, pengalaman saya akhirnya saya memahami satu hakikat rahsia kehidupan ini. Saya faham kenapa ada orang yang baru 1 jam tidur tapi boleh bangun tahajud tetapi ada orang yang sudah tidur lapan jam tidak mampu bangun tahajud. Itulah daya TAQWA atau daya FASIK dari Allah. Allah berfirman dalam Surah Asy Syams yang bermaksud:-
"maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya" (As-Syam 91:8-10)
Apabila kita mensucikan jiwa, maka Allah memberikan kita DAYA TAQWA yang mendorong kita ke arah kebaikan dan taqwa. Baca Al-Qur'an jadi mudah, bangun tahajjud jadi mudah, berdakwah dengan rela hati, Ikhlas hidup hanya untuk Allah. Tanpa DAYA TAQWA ini kita tak akan mampu melakukan ketaqwaan. Firman Allah yang bermaksud:
"....dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-Lah yang melempar" (QS. Al-Anfaal; 17)
" Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui" (An Nuur 24 : 21)


Allah YANG MENGGERAKKAN kita semuanya, setiap gerak geri kita seperti digerakkanNya alam semesta ini. Kita hanya bersandar kepada gerakNya, kehendakNya. Justeru berbuat taqwa jadi mudah bila Allah yang menggerakkan kita dengan daya TAQWA yang sungguh kuat. Daya inilah yang menggerakkan Tsunami, daya inilah yang membelah laut Merah menyelamatkan pengikut Nabi Musa a.s dan menenggelamkan tentera Firaun. DAYA inilah yang kita CARI.
Bagaimana? Lihat dan fahami kembali Surah Asy Syams tadi. Daya ini kita perolehi bila kita MENSUCIKAN JIWA. Bagaimana? Dengan INGAT kepadaNya. Lawan Ingat kepada ALLAh adalah LALAI. Justeru setiap waktu kita hanya boleh berada dalam salah satu dari dua keadaan. Keadaan orang yang INGAT atau LALAI kepada Allah. Bila kita INGAT kepada ALLAH, Dia menggerakkan kita dengan daya taqwaNya, justeru kita begitu rajin membaca al-qur'an dan sanggup duduk berzikir dan mudah menghulurkan sedekah atau bantuan. Namun ketika kita LALAI kepada Allah, kita rasa malas nak beribadah, malas nak solat sunat, rasa nak cepat habis berzikir sebab banyak urusan lain nak dilaksanakan. Ketika kita lalai kepada Allah, maka Allah mengirimkan syaitan ke dalam hati kita. Firman Allah:
"Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk. " (Az Zukhruf 43 : 36-37)
maka kita dilorongkan ke jalan kefasikan di atas pilihan kita sendiri YANG LALAI kepada Allah.
Inilah rahsia sebenarnya. KITA WAJIB BELAJAR BAGAIMANA INGAT KEPADA ALLAH!!!.
Maaf saya tulisan capital letter, sebab saya nak tekankan tersangat penting perihal ini. Kita MESTI INGAT kepada Allah setiap waktu. Hati dan jiwa kita MESTI terhubung denganNya SETIAP MASA. Sekiranya tidak maka kita sedang lalai, itulah sebab bila azan bergema, kita rasa berat untuk solat kerana apabila kita lalai, ada syaitan di hati kita.
Kaedah kita berzikir perlu dievaluasi. Apakah zikir kita mampu menghubungkan jiwa kita kepada Allah. Apakah zikir kita benar-benar menyadari Allah atau sekadar di bibir dan dihati ada perasaan nak cepat habis. Ingat kepada Allah yang sebenarnya akan menghasilkan perasaan bahagia tak tergambarkan. Tidak mahu lepas dari ikatan hubungan seperti sedang berhubung dengan kekasih pasti tak sanggup melepaskannya. Ya Allah, setelah saya faham ilmu ini, saya menyesali hari-hari saya yang berlalu dengan keadaan lalai kepada Allah. Ruginya saya. Bagaimana kita lalai?
1. Sibuk buat urusan pekerjaan. Walaupun kita ikhlaskan kepada Allah tapi jiwa kita tak terhubung dengan Allah ketika kita melakukan kerja samada di pejabat atau dirumah.
2. Sibuk dengan keluarga, kawan-kawan, tetamu dan sebagainya. Jiwa kita terputus dengan Allah.
3. Sibuk tengok TV terutamanya movie atay sinetron. Ikatan dengan Allah sering terlepas.
... dan banyak lagi. Persoalannya, tak boleh kah kita kerja, tak bolehkah kita bersama kawan-kawan dan kerabat? Boleh ... tapi ketika kita melakukannya, jiwa kita terhubung dengan Allah. Adakah kita mampu melakukan dua perkara dalam satu masa? Ya boleh, bagaimana? Kena belajar caranya.
Inilah perkara penting yang saya perolehi dan inilah garapan hasil perjalanan saya yang masih panjang ini. Saya ingin berkongsi, itu saja. Saudara saudari pembaca mungkin ada yang tidak faham, jangan risau kerana kefahaman itu ALLAH yang beri. Doalah agar Allah memberi kefahaman.
InsyaAllah saya bercadang untuk membuka kelas berkongsi kefahaman seperti ini dan di kelas ini saya ingin sekali untuk berkongsi kaedah ingat kepada Allah. InsyaAllah kawan-kawan sehalaqah saya juga pasti dapat membantu dengan pengalaman mereka juga. Namun sebelum impian menjadi kenyataan, saudara dan saudari pembaca boleh praktikkan dulu beberapa amalan yang diajar guru saya:-
Setiap lepas solat subuh, duduklah seperti sedang beriktikaf. Sambungkan jiwa kepada Allah dan PERTAHANKAN KESEDARAN ke ALLAH selama sekurang-kurangnya 30 minit. Lakukan juga selepas solat Isyak.
Berikut adalah latihan langkah demi langkah yang insyaAllah akan membuka hijab demi hijab yang menutup mata hati kita dari memahami petunjuk dan ilmu ALLAH:-
1. Buatlah sesuatu untuk Allah (apa saja projek) di mana saudara dan saudari tak dapat apa-apa pulangan berbentuk material/kebendaan. Belajar hidup dengan IKHLAS sehingga ia menjadi sebati dalam diri. InsyaAllah pintu PETUNJUK Allah akan dibuka.
2. Belajarlah solat dengan betul dan khusyuk.
3. Berpuasa lah di bulan Ramadhan dengan betul. Perlu belajar caranya.
4. Keluarkan zakat dan rajin memberi. Allah akan pulangkan dengan ganjaran lebih besar.
5. SABAR atas apa saja perkara yang berlaku.
Semoga berjaya. Salam dari saya.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!