Sunday, December 25, 2011

'Awek' zaman sekarang.....



alt
Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat 'awek'. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, 'confirm' dah boleh dapat.
Zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat 'awek muslimah'. Mungkin tidak semudah petik jari tetapi kalau bijak bermain kata, cuba ucapkan ayat-ayat berbaur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang nampak alim sikit, ucapkan kata-kata tazkirah 'confirm' dah boleh dapat.
Haih! Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap disajikan program-program televisyen (drama/ realiti tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat.
Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipaparkan sedang bercinta dengan seorang wanita 'alim'?  Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar Mesir yang ditunjukkan dalam sebuah drama pergi melancong berempat (dua lelaki dan dua perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan penting)
Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami konsep bercinta 'cintun' menganggap bahawa 'couple' itu dibenarkan dalam Islam asalkan tidak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal.
Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk kita jumpa dan miliki hati Muslimah Mujahidah Solehah, kerana mereka ini bukan sebarang wanita.
Mereka ialah wanita-wanita yang berpegang pada prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, sifat manja (gedik) terhadap kaum adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka!
Inilah contoh Muslimah Mujahidah Solehah! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara.

Love you ,, just the way you are...Muslimah,,,


Damn, I miss it...

The time when you looked so beautiful,

When, the cover you wear was long enough,
When, your words were carefully spoken,
When, your dress was so modest,
While in the real arena you were such a ferocious lioness, a real mujahidah,
I love that time, I love you just the way you are.
Damn, I miss it...
When you are not trying to look beautiful, you are,
When you quickly put your cover down when the winds blew it hard,
When you take another route just to avoid the opposite group,
I miss to see that calm sweet face,
I miss it when your face saddened by the reminders of God,
And I love you just the way you are.
Damn, I miss it...
When I tried to steal a look at your face,
I see tears rolling out with your hands up, praying,
When you deviate the gorgeous grey eyes away the moment yours met mine,
When you take no single glance at me when we pass by each other,
I love the way you talk to me, such composure and grace,
I love when your heart was so fragile to the Holy Words,
I love that time, I love you just the way you are.
But now, I don't know what I am feeling,
The love is starting to fade, or what?
Jealous? Dissapointment? Hope?
I don't know...
It hurts me a lot, it's silently killing me inside.
Every single time I saw you in that apparel,
Every single time I saw you mingle freely without boundaries with the opposites,
Every single moment I saw that words coming from your precious lips,
Please, this is not the girl who I'd known before,
But still, remnants of my love are still there, I'm sure!
I really want you to be my company in this perilous journey,
I really want you to be at my side, sharing love and care,
I really want you to be the mother of my children,
I really want you to be my guidance to His Love,
Even death cannot do us apart, because we will reunited in God's Glorious Gardens.

But girl, please! I really love you just the way you are at that time,
The time when you looked so beautiful,
When I saw you at that time,
There's not a thing that I would change,
Cause' you are amazing, just the way you are,
The way of a Muslimah.

Jiwa terasa kosong ???




alt
"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)
Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...
!

Cinta itu nikmat tetapi AWAS !!!

alt
Cinta itu suci. Namun kita sebagai remaja yang baru setahun jagung terjebak ke kancah percintaan yang memberi nikmat seketika tetapi ibarat duri dalam daging yang akhirnya memakan diri sendiri.

Sudah terang lagi bersuluh, lebih separuh daripada kita pernah terjerat dengan kenikmatan cinta itu sendiri. Tidak kiralah yang terpaksa, yang rela atau suka-suka.
Tanya diri kita sendiri, adakah kita menghormati cinta suci itu atau perasaan cinta yang menjalar dalam segenap inci tubuh badan kita ini menjadikan leCinta itu suci. Namun kita sebagai remaja yang baru setahun jagung terjebak ke kancah percintaan yang memberi nikmat seketika tetapi ibarat duri dalam daging yang akhirnya memakan diri sendiri.
Ya, memang benar cinta itu buta, tetapi hakikatnya kita yang buta dan tuli mengenal apa itu erti cinta. Natijahnya kini, cinta yang dicanang sebagai sesuatu yang suci dinodai dengan titik-titk hitam kemungkaran dan kerendahan maruah segelintir kita yang bersifat bodoh sombong mendefinisikan cinta sebagai sebuah ikatan yang menghalalkan yang haram.
Siapa yang harus dipersalahkan?
Tepuk dada tanya Iman.sen untuk kita merendahkan maruah kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada agama yang suci.
Remaja kini sudah tidak segan silu lagi melakukan perkara sumbang di hadapan khalayak ramai, dipaparkan dan dijadikan sorotan setiap hari.
Ternyata maruah kita seperti diperkotak-katikkan dengan kerakusan nafsu yang menjadi tuan dan raja sehingga kita diibaratkan seperti mengikut kehendak sendiri.
Keghairahan kita mengejar nikmat cinta sebenarnya menongkah arus tujuan kita diberi nikmat untuk menjadi dewasa. Matangnya kita bukan bererti kita matang untuk mengawal nafsu yang semakin beraja memerintah akal fikiran yang waras.
Buktinya, ramai antara kita yang semaki terdedah dengan gejala-gejala sosial. Maruah hilang entah ke mana, malu sudah tidak bertandang, takut kepada-Nya jauh sekali. Yang perempuan menggoda, yang lelaki tergoda.
Lemah sungguh kita sebagai manusia yang menjadi ciptaan Allah S.W.T yang paling mulia. Lebih parah pula apabila lelaki bersikap habis madu sepah dibuang. Yang perempuan pula bersikap pendek akal dengan cubaan membunuh diri. Padahal sikap mereka yang sebenarnya yang mendorong mereka menghancurkan hidup mereka sendiri.
Hakikatnya kini, bercinta itu sudah menjadi satu "trend" dalam kehidupan kita. Kita lebih cenderung mengelaskan mereka yang kononnya yang tidak bercinta atau 'couple' itu kolot, ketinggalan zaman atau mungkin juga tidak laku. Hal ini menyebabkan kita berasa malu dan mula ketagih untuk bercinta.
Realitinya, mereka yang berjaya mempertahankan perasaan mereka daripada dinodai 'cinta monyet' merupakan mereka yang teguh pendirian dan berhati mulia kerana tidak bertindak untuk dinodai cinta suci itu.
Apakah kita tidak malu berpeleseran dengan pasangan kita?
Ditayang-tayang, ditunjuk-tunjuk ibarat 'show case' lagaknya. Kononnya mereka sahaja yang mempunyai pasangan. Padahal, tindakan kita ini ibarat meletakkan muka dipunggung sendiri. Maruah pula jatuh tergolek-golek.
Siapa yang suka apabila 24 jam asyik muka kita sahaja yang berkepit seperti suami isteri ke sana ke sini tanpa segan silu?
Hakikatnya, perasaan malu, mual, menyampah seperti menunjah-nunjah melihat perlakuan mereka yang sudah dibutakan dan ditulikan oleh nikmat cinta. Ibu bapa pula seperti sudah tidak mampu melarang keghairahan anak mereka daripada terus hanyut dalam dunia mereka sendiri.
Yang peliknya, ibu bapa buat-buat pejam mata sahaja apabila anak-anak mereka pergi dan balik menaiki satu kenderaan yang sama dengan lelaki-lelaki yang entah siapa-siapa.
Perbuatan kita ini bukan sahaja menodai cinta itu sendiri tetapi juga menconteng arang ke muka kedua-dua ibu bapa kita. Usah mencipta kenikmatan seketika, kelak boleh meruntuhkan maruah sendiri.
Allah S.W.T telah menentukan jodoh kita sejak lahir lagi. Tidak perlulah kita berfikiran kolot dengan mengejar 'cinta monyet' yang bakal mengundang seribu satu masalah dan kedukaan yang tiada akhirnya. Tiada manusia yang mati andai cinta itu tidak hadir dalam hati.
Jika kita memang benar-benar ingin merasai nikmat cinta palsu itu, letakkanlah nafsu dan Iman kita di atas neraca timbang. Pastinya nafsu lebih berat daripada Iman kita.
Mahukah kita menggadaikan maruah kita yang tidak ternilai harganya ini hanya untuk menikmati perasaan ghairah bercinta yang bertindak hanya seketika?
Yang menanggungnya pastilah perempuan. Seronok dan nikmat sama dirasai, kenapa derita dipikul sendiri?
Lelaki juga harus bertanggungjawab kerana 'bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi'. Sebenarnya dua-dua bersalah, kenapa yang harus menanggung malu perempuan seorang. Jadilah anak jantan sejati 'berani buat, berani tanggung' bukannya mahu buat selepas itu lari tidak cukup tanah. Buat apa jadi lelaki kalau hanya sekadar lempar batu sembunyi tangan, lebih baik jadi lelaki lembut tetapi bertanggungjawab. Ini semua gara-gara cinta.
Cinta itu menghayalkan. Cinta itu membuat kita alpa tentang segalanya. Lupa dunia, lupa Akhirat. Begitulah cinta itu. Kadang-kadang cinta itu sesuatu yang nikmat tetapi awas. Disebabkan cinta, kita sebagai manusia hilang maruah diri dan pengangan agama entah ke mana. Yang menanggungnya kita. Bukan oang lain.
Tidak salah bercinta andai kita mampu mengawal nafsu serakah daripada menjadi tuan dan juga tidak berkelakuan jelek di hadapan orang ramai. Bagi mereka yang belum merasa nikmat cinta itu, berbanggalah kerana anda mempunyai harga diri yang tinggi. Jaga diri jangan terlalu dibuai perasaan hingga tergadai maruah
.

Saturday, December 17, 2011

Keistiewaan pengebumian umat islam...


Kesederhanaan yang memberikan keindahan
“Kamu tahu tak, orang cina yang mati kalau nak kebumikan mayat diorang kena sediakan lebih kurang RM20 ribu tau” seorang sahabat saya membuka perbualan ketika kami sedang berjalan ke arah liang lahad untuk mengebumikan seorang jenazah yang baru sahaja meninggal dunia di taman perumahan kami.
“Oh ye ke? Baru sekejap tadi saya berbual dengan seorang sahabat kita yang baru memeluk Islam. Dulu dia Buddha. Katanya paling murah RM6 ribu nak kena sediakan” kata saya.
“Tu yang murah punya rasanya. Yang tu diorang bakar je kot.” balas sahabat saya sambil kami berjalan seiringan.

Tidak cukup duit? Jawapannya bakar

“Alhamdulillah, kos pengebumian kita tidaklah semahal itu. Setahu saya lebih kurang RM850 sahaja. Itu dah masuk semua sekali, dengan van jenazah sekali. Murah kan” saya menambah.
“Ya, murah je. Dan alhamdulillah, taman perumahan kita ni semuanya ditanggung oleh pihak surau tanpa keluarga waris perlu bayar apa-apa” sahabat saya yang merupakan AJK surau memberikan penjelasan tentang kaedah pengurusan jenazah di taman perumahan kami.
“Alhamdulillah. Itulah antara yang cantiknya Islam ni. Cara pengebumian orang Islam ni boleh jadi pintu hidayah kepada orang bukan Islam untuk masuk Islam. Mudah dan tidak menyusahkan waris” saya membalas sambil menyegerakan langkah kerana jenazah sudah mahu diangkat ke liang lahad. Tidak mahu ketinggalan untuk turut sama mengangkat jenazah.
Sedang talkin dibacakan oleh imam di perkuburan, saya merenung kembali kata-kata saya kepada sahabat saya tadi. Sungguh, memang cara pengebumian umat Islam boleh menjadi jalan hidayah kepada orang yang bukan Islam untuk tertarik dengan Islam. Cara pengebumiannya ringkas dan sederhana sifatnya. Dan kos pengurusannya tidak sehingga membebankan pihak waris.

Perlukah ini semua selepas mati?
Saya teringat akan dua kisah yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu tentang bagaimana dua orang yang beragama Kristian yang masuk Islam disebabkan oleh tertarik dengan cara pengebumian orang Islam yang cukup sederhana dan ringkas sifatnya.
Kisah Pertama
Kisah pertama berlaku kepada seorang paderi Kristian dari Itali. Beliau telah menyatakan hasrat untuk memeluk Islam setelah menonton dengan teliti cara pengebumian Raja Fahd bin Abdul Aziz, iaitu Raja Arab Saudi ketika itu. Cara pengebumian yang sangat sederhana itu telah ditayangkan ke seluruh dunia dan dapat disaksikan oleh ramai orang.

Perkuburan Raja Fahd bin Abdul Aziz
Seingat saya, faktor utama yang membuka pintu hidayah si paderi itu ialah bagaimana Islam bertindak tidak membeza-bezakan antara jenazah si pembesar dengan jenazah orang biasa. Telah ditayangkan bagaimana jenazah Raja Fahd disolatkan bersama-sama dengan jenazah yang lain tanpa upacara yang istimewa khas untuk jenazah Raja Fahd. Malah kain kapan dan kotak keranda serta keseluruhan proses pengebumian sama sahaja tanpa dibezakan darjat raja atau orang biasa. Walaupun sudah bertahun-tahun beliau diajak masuk Islam dan tetap berdegil, namun dengan melihat cara pengebumian yang cukup sederhana ini telah membuatkan beliau pasrah dengan keindahan Islam, seterusnya masuk Islam.
Kisah Kedua
Kisah kedua berlaku kepada seorang nenek di USA. Cucu beliau telah pun memeluk Islam dan menjadi salah seorang yang giat berdakwah di tempat mereka. Puas si cucu ini memujuk neneknya untuk masuk Islam, tetapi tidak berjaya dipujuknya. Pada suatu hari telah berlaku kematian di kalangan orang Islam di tempat mereka. Disebabkan orang Islam yang meninggal dunia itu adalah terdiri barangkali keluarga terdekat atau jiran mereka, maka si nenek pun hadir sama ke upacara pengebumian si muslim yang meninggal dunia itu.
Selepas upacara pengebumian tersebut, nenek itu telah berkata kepada cucunya tadi, “Kalau aku mati nanti, aku mahu kamu kebumikan aku macam itu juga”, beliau merujuk kepada cara pengebumian muslim tersebut. Dengan hidayah dan taufiq dari Allah, maka nenek itu pun masuk Islam. Beliau masuk Islam lantaran tertarik dengan cara pengebumian Islam yang sederhana dan menginsafkan. Selang beberapa tahun kemudian, nenek itu meninggal dunia. Dan beliau dikebumikan dengan cara yang beliau mahukan iaitu meninggal dunia sebagai muslim dan dikebumikan dengan cara pengebumian muslim. Kisah ini telah disampaikan oleh cucu beliau yang merupakan seorang pendakwah Islam yang aktif berdakwah di USA.
Itulah dua kisah yang mungkin dapat kita pelajari dan ambil iktibar. Betapa kesederhanaan dan mudahnya Islam ini dapat menambat hati fitrah manusia.
Justeru, amalkanlah Islam mengikut contoh yang ditinggalkan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam. Jangan menyusah-nyusahkan dengan upacara tambahan dan rekaan. Sungguh, pada kesederhanaanlah, Islam ini dilihat cantik.

Saturday, December 10, 2011

Hohoho...tak lama lagi dapat ayah saudara baru....haha...PAK SU..

haa...assalamualaikum sume...mmg dah lama saya x update blog ni..nklmlh..malas dah...keje skola pun ade lagi x siap tu...dok asyik mgon9 fb je..haha blog da mlas da nk bukak..mklm jg..line ni kekadang x brape elok sgt..haaa...ni nk bgtau...tak lama lagi kite nk dapat ayah saudara baru lah....haha PAK SU...haha..




haa...tu yg kat atas tu lah PAK SU  baru kite..haha..suke tgk die pakai uniform..haha..lawa..
peramah gak org nye..haha penah dah tegur..haha..




haa...ni mak su kita..ha..kalau kite nk pilih gambar bubuh kat sini ni..kena lah pilih yang elok..haha..cer tgk gambar lagi satu yg kat atas tu..haha..elok kan...haha..well saya pandai pilih....baru la cantik..haha..nak market gamba mak su and pak su ni..haha...



OKAY LAH..THAT'S ALL FOR NOW..THANKS FOR READING...HAHA
WASSALAM...








Wednesday, November 23, 2011

corat- coret...SHARIFAH...




ceh..bajet je nk posing tepi air pancut...skali tergolek dua2 masok...!!!
haha...baru tahu nk balik skola dgn baju basah kuyup..haha..





khas buat rakan2 semua...





ecehh..comel betul dua org ni....sbnrnya nk puji diri sndiri je..
nk cover line la tuh...masuk bakul angkat sendiri....





hmm...sweetnyaaa...saling menghimpap...bak kata pujangga..
hati kuman sama dicecah , hati gajah sama di lapah...huhu..
dah mlalut ni SHARIFAH oiiii....





di muka bumi ini manusia ada pelbagai ragam...pelbagai rupa..
bak kata nenek...rambut sama hitam , hati lain-lain...hehe..




sahabat...bak kata movie hantu bonceng...nak cari kawan
yg boleh ketawa dgn kite byk , tapi susah nk cari kwn yg
menangis utk kite...berkawan biarlah beribu , berkasih biar satu...






berkongsilah jika ada masalah...jgn pendam sorang-sorang...
nanti memakan diri...haha..apa guna ada family..kawan...kalau
ye pun nk simpan...mengadu dengan ALLAH...that is the best...






yeah...rasa nak makan marshmellow..yum..yum...
kempunan pulak...sape nk belikan...pastikan halal...







jangan gaduh-gaduh...take it easy friends..we can settle this
in a good way....just do it!...



DOAKAN SAYA DAPAT RESULT BAGUS DALAM PMR DAN SPM DAN DAPAT JADI ANAK YANG SOLEHAH DAN HAMBA ALLAH YANG BAIK...

Saturday, October 29, 2011

ALLAH KNOWS EVERYTHING...!!!

ALLAH knows what is best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain.

We always want laughter
and the merriment of cheer
but our heart will lose
their tenderness
If we never shed a tear.


ALLAH tests us often
with suffering and sorrow
He tests us not to punish us
but to help us meet tomorrow.


For growing trees are strenghtened
if they can withstand the storm
and the sharpness of the chisel
gave the marble its grace and form.


ALLAH tests us often
and for every pain
He gives us
provided we are patient
Is followed by rich gain
So whenever we feel that
everything is going wrong
It is just ALLAH'S way to make our spirit strong.

sudah terhantuk baru nak terngadah











-Kisah Nobita dan Shizuka- Insaf selepas baca
Di suatu malam depan panggung wayang…
Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..



Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..


Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..


Mereka pun tiba di i-City..
Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..


Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..


Mereka pun pulang..
Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu


Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.


Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu???


Sizuka : Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah…awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah nobita mula meluah perasaan…
Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi…awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan…kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..


Nobita : ……
[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

Renung2kan

wow! ramainya hipokrit...!!!

Assalamualaikum... Wahai saudara² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini.... 3 Minit je, tak lama pun.. ...... Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah... "Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... " "Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..." "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..." "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran" "Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? berapa banyak ? Lawak kan ? Lawak sgt..... Astaghfirullahal azim...muhasabah laa diri masing2...

IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!