Tuesday, August 30, 2011

bersyukur kepada tuhan kita.....

Peristiwa di Bulan Syawal : Aku Rela Bajuku Bertampal-tampal Daripada Menderhakaimu



Bila nak dekat raya ni, ramailah kanak-kanak dan para remaja yang berharap untuk mendapat pakaian baru, kasut baru dan macam-macam lagi.
Ia seperti menjadi kewajipan kepada ibu bapa untuk membelinya walaupun dalam keadaan kekurangan yang teramat. Sehingga ada kalanya membuatkan anak-anak tersebut membenci kedua ibu bapanya jika tidak membelikan pakaian baru buat mereka.
Marilah kita hayati kisah Saidina Umar al-Khattab dan anaknya.
Suatu hari anak Khalifah Umar al-Khattab pulang dari sekolah dengan menangis teresak-esak. Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-temannya di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal)
Di antara mereka mengatakan : "Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini!" Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya, amatlah sedih hatinya.
Pola hidup keluarga Khalifah Umar memang sederhana, teramat sederhana. Walaupun berjawatan sebagai khalifah, tampalannya bajunya ada empat belas. Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.
Tibalah suatu hari apabila Umar al-Khattab berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal, kerana ketiadaan wang pergilah Umar ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut . Kerana tidak bertemu Saidina Umar dengan bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya sebagai berikut :
"Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat saya memohon pinjaman sebesar empat dirham. Insya-Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan segera melunasinya."
Si bendahara tidak langsung cemas setelah menerima surat dari Khalifah. Dia juga tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal lalu mengirimnya kepada Khalifah.
Dia mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan sejenis penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya.
Saidina Umar bin Khattab R.A dikenali sebagai pemimpin yang adil dan tegas. Bukan saja dia adil terhadap rakyat sekitarnya, beliau juga bersikap adil terhadap anak-anaknya dan dirinya.
Apabila dirinya terbukti salah dalam menjalankan amanat Allah, dia rela dihukum dan didenda walaupun dia mampu menolak penghukuman tersebut kerana jawatannya.
Apabila dia dihadapkan kepada dua kepentingan, kepentingan si anak dan kepentingan Islam, maka dia akan mendahulukan kepentingan agamanya.
Sifat Umar al-Khattab seperti ini sudah umum diketahui oleh rakyatnya, tidak terkecuali si bendahara Baitulmal ini.
Si bendahara menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan.
Kepada Amir al-Mukminin Umar bin Khattab,
"Telah saya baca surat anda tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani bahawa diri Tuan pasti tetap hidup sampai akhir bulan sehingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan? seandainya ajal menjemput Tuan sebelum bulan ini berakhir, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkanya di hadapan Allah? Wasalam."
Selesai membaca surat balasan dari pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu melunasi hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.
Setibanya Hari Raya, Umar al-Khattab melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis, "Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?" Tanya anaknya.
Umar menjawab: "Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu."
Kemudian anaknya berkata: "Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku".
Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.
Kesimpulannya, inilah contoh didikan yang terbaik dari anak Khalifah Saidina Umar al-Khattab, yang tidak mengharap sesuatu pun dari kedua ibu bapanya kecuali keredhaanya.
Adakah wujud anak-anak sebegini di zaman ini? Mungkin 1/1000000 agaknya. Pengajaran lain yang dapat diambil, adakah pemimpin seperti ini wujud pada zaman sekarang? Fikir-fikirkanlah...

Saturday, August 20, 2011

ANEKDOT.....

DIAZAB KERANA BERBUKA SEBELUM WAKTU

Daripada Abu Umamah al-bahili bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud :

"ketika aku tidur,dua orang lelaki datang kepadaku,mengangkat kedua-dua belah tanganku dan membawa aku ke sebuah gunung berbatu.mereka berkata:'dakilah'.Aku berkata :'Aku tidak boleh melakukannya'.Mereka berkata:'kami akan memudahkan untuk kamu mendakinya'.

haa lepas tu kan.......

Maka,aku mendaki sehingga ke atas puncak gunung.kemudian, aku terdengar suatu suara yang sangat kuat.Aku bertanya:'suara apakah iu?'Mereka menjawab:'itu adalah jeritan para penghuni neraka'.

Kemudian, aku dibawa pergi dan aku melihat orang digantung pada buku lalinya,mulutnya terkoyak dan mengalir darah.Aku bertanya:'siapakah mereka itu?'mereka menjawab:'mereka ialah orang yang berbuka puasa sebelum masa yang sepatutnya'.(Riwayat al-Baihaqi)

Jika orang yg berbuka puasa menerima hukuman yg keras sedemikian,bgmana pula jika seseorg itu tak brpuasa...?anak kecil yg belum mencapai usia baligh tu tape la...boleh dimaafkan lagi,ttp ketegasan prlu ditunjukkan buat mrka yg dah berstatus mukallaf....

renung-renungkan dan selamat beramal...

direct from:sharifah fatin afiqah

Kenapa Lailatul Qadar Sangat Istimewa?

alt
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr 1-5)
Bagi umat Muhammad saw yang pendek hayatnya, malam yang istimewa ini adalah peluang yang terbaik buat kita semua untuk memburu habuan dan redha dari Ilahi. Firman Allah swt :
Apakah keistimewaan Lailatul Qadar yang boleh kita pelajari daripada ayat-ayat ini?
Sesungguhnya sangat banyak kemuliaan Lailatul Qadr, secara ringkasnya ialah....
1 - Allah swt telah menurunkan Al Qur'an ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar  ini.
2 - Ibadah yang dilakukan pada Lailatul Qadar adalah lebih baik dari ibadah yang dilakukan selama seribu bulan (83 tahun).
3 - Allah swt mengagungkan malam ini dengan bentuk pertanyaan, "Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?" (Surah al-Qadr, ayat 2)
4 - Para malaikat bergerombolan turun pada malam ini dengan membawa rahmat, berkah dan ketenangan.
5 - Keamanan dan keselamatan meliputi orang-orang yang beriman pada malam ini dan para malaikat terus menerus mendo'akan keselamatan mereka.
6 - Inilah kesempatan terbaik untuk memohon pengampunan dosa daripada Allah swt.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud: 
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. Barangsiapa solat pada Lailatul Qadar kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Aisyah r.ha bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
"Berusahalah mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari)
Ayoh teman dan sahabat!
Jom semarakkan penghujung Ramadhan Mubarak yang bakal meninggalkan kita dalam sedikit masa lagi. Ini mungkin Ramadhan yang terakhir buat kita....

Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan

Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!
Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.
Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.
Tips
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

A-Z Tentang Puasa

Definisi: menahan diri
Syara':menahan diri drpd makan dan minum utk suatu jangka masa trtntu

Dalil:Al-Quran:"pada bulan ramadan,diturunkn al-quran yg mnjd petunjuk bg manusia danpnjelasan drpd hidayah serta pmbeza antara yg hak dan yg batil maka sesiapa yg melihat bulan ramadan hendaklah ia berpuasa".(surah al-baqarah 2:185)

        :Hadis:"diasaskan islam atas 5 dasar,iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa               Muhammad S.A.W. utusan Allah,mendirikan solat,membayar zakat,haji dan berpuasa pada bulan ramadan."(riwayat al-bukhari,muslim,al-tirmizi dan lain-lain)

nak tahu lagi...meh sini cik sharifah kite nak cerita..

JENIS PUASA

Puasa wajib

~puasa pd bln ramadan
~puasa kafarah
~puasa nazar
~puasa ganti

Puasa sunat

~puasa 6 hari bln syawal
~puasa pd hari arafah, 9 zulhijjah bg mrka yg tak menunaikan haji tau...
~puasa pd hari asyura, 10 muharram
~puasa pd hari isnin dan khamis
~puasa pd 13,14,15 hari bulan pd setiap bln islam hijrah

Puasa haram

~30 syaaban,hari syak
~1 syawal,hari raya aidilfitri
~10 zulhijjah,hari raya aidiladha
~11,12,13 zulhijjah,hari tasyrik
~puasa prmpuan haid dan nifas
~9 zulhijjah,hari arafah.larangan brpuasa kpd org yg meninaikn haji di arafah sahaja tau...
~puasa sunat seorg prmpuan tanpa izin suaminya
~puasa bg org yg bimbang brlakunya mudarat ke atas dirinya krn brpuasa
~puasa utk org lain yg ghaib serta tidak diniatkan kpd Allah S.W.T.

Puasa makruh

~puasa pd hari jumaat secara berasingan
~puasa 15-30 syaaban bg bkn qada atau puasa sunat yg tidak prnh dilakukan sblm 15 syaaban tiba-tiba  
  sampai 15,16,17 dan seterusnya dia ingin berpuasa sunat.
~puasa terus menerus sepanjang tahun

Syarat wajib puasa

^ islam
^baligh
^berakal/waras
^mampu/tidak uzur

Syarat sah puasa

^org islam
^ baligh
^berakal-tak sah kalau gila atau kanak-kanak belum mumayyiz
^suci drpd haid dan nifas
^ dalam waktu yg dibolehkan berpuasa

Rukun puasa

rukun puasa ni ade 2 je..nk tahu..hehe..

1.niat pada mlm harinya
2.menahan diri drpd makan dan minum mulai terbit fajar hingga trbenam matahari

Sunat puasa

#makan sahur serta melewatkannya
#segera berbuka dan sunat berbuka bengan kurma atau air atau benda manis.
#jamu org yg berpuasa
#mmprbykkn mmbuat ibadah dan brbuat baik

sampai sini jelah.. mampu nk tulis...dah penat tangan plk..hehe..sorry...

terus menerus drpd:sharifah....

Pelaksanaan Yang MENEPATI Sunnah......

Puasa hendaklah dilaksanakan dengan 'manual' lahir dan batin sspt yg dttpkn sunnah Rasulullah S.A.W.Latihan brlapar pd siang hari itu prlu diikuti dgn pakej latihan yg brbntuk habluminallah dan habluminannas.Antara pakej latihan itu ialah solat tarawih.membaca al-quran,memperbanyakkan sedekah,beriktikaf di masjid dan qiamullail....

pelaksanaan puasa mesti mengikut hukum sah dan batalnya,syarat-syarat dan adab-adab yg tlh ditentukn melalui sunnah Rasulullah S.A.W.Ia tidak boleh dilaksanakan mengikut adat,nilai tradisi atau kebiasaan semata-mata.Antara sunnah Rasulullah S.A.W. dalam berpuasa adalah....

1.Memantapkan niat
2.Melewatkan makan sahur
3.Meninggalkan menipu,percakapan kotor dan karut
4.Tidak berlebihan dalam berkumur
5.Tidak bercumbu dengan isteri jika tidak dapat menahan diri
6.Menyegerakan berbuka puasa
7.Berpuasa dan tidak meninggalkan solat
8.Menghidupkan malam dengan solat tarawih
9.Membayar zakat fitrah..

sekian sahaja daripada sharifah.....renung-renungkan...selamat beramal...

Saturday, August 13, 2011

ALLAHU AKBAR !!!

╔═╦═╦═╦═╦╗╔═╦══╦╦╦═╦╗╔═╦╦╦╦╦╦═​═╗niat.....
║╬║═╣═╣╬║║║╬║║║║║║╬║║║╬║║═╣║║║​║║berdo'a...
║║╠═╠═║║║╚╣║║║║║║║║║╚╣║║║║║║║║​║║berusaha...
╚╩╩═╩═╩╩╩═╩╩╩╩╩╩═╩╩╩═╩╩╩╩╩╩═╩╩​╩╝berjuang....

^_____________________________​__________^

..•*¨`*• ..✿•*. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•**•✿ .*¨`*•✿.•
. . •*¨`*•...✿•*¸(¯`v´¯)¸.•´*¨ `*•✿ . *¨`*•✿
. .
•*¨`*• Subhanallah, سبحان الل . ✿ •*¨`*•

... …….…………... •.¸.•´ ………….……… ..✿•*¨`*•✿
✿✿•*¨`*•. •✿.¸.✿•´ .•*¨`*•✿✿ .•*¨`*•✿✿
──────────────────█──█────────​─────
────────────████──█──█─█──────​─────
────────────█──█──█──█─█──────​─────
────────────████──█──█─█──────​─────
───────────────███████─█──────​─────

✿✿•*¨`*•. •✿.¸.✿•´ .•*¨`*•✿✿ .•*¨`*•✿✿
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ .•*`*•✿✿
. . ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ *¨`*•✿ ¨`*•
…….…………... •.¸.•´ ………….……… .…………………
www.▀█▀░█░░.█▀█.█░█.█▀▀.░.█▀█░​█░█.█.www
www.░█░░█░░.█░█.█░█.█▀▀.░.█░█░​█░█.█.www
www.▀▀▀░▀▀▀.▀▀▀.░▀░.▀▀▀.░.▀▀██​███.█.www
…….…………... •.¸.•´ ………….……… .…………………

✿✿•*¨`*•. •✿.¸.✿•´ .•*¨`*•✿✿ .•*¨`*•✿✿
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ .•*¨`*•✿✿
. . •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ . . .•*¨`*•✿✿
…….…………... •.¸.•´ ………….……… .…………………
.
.
========
─▀██▀
──██────(▒)(▒)
──██───(▒)( )(▒)
─▄██▄▄█─(▒)(▒)
─── ─── ▄███▄
─── ──███─███─(▒)(▒)
─── ──▀██▄██▀(▒)( )(▒)
─── ────███───(▒)(▒)
─── ─────── ▀██─██▀
─── ──────── ██─██─(▒)(▒)
─── ──────── ▀█▄█▀(▒)( )(▒)
─── ──────────▀───(▒)(▒)
─── ────────────██▀▀▀█
─── ──(▒)(▒)──────██▄█──(▒)(▒)
─── ─(▒)( )(▒)─────██▀█─(▒)( )(▒)
─── ──(▒)(▒)──────██▄▄▄█(▒)(▒

▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓​▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒▒▒▒▒▒██▒██​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒██▒▒▒██▒██​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██▒▒██▒▒▒██▒▒▒██▒██​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒██▒▒▒██▒██​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒██▒▒▒██▒██​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒████████████▒██​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒████████████▒██​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒​▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓​▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓

įɞ✿ღ♥ ♥ʚįɞ✿ღʚįɞ✿ღ♥ ♥ʚįɞ✿ღ
▀█▀░░▄█▀█▄░▀█░░█▀░▀█▀▀█ʚįɞ✿ღ
░█░░░█░░░█░░█░░█░░░█▄
░█░░░█░░░█░░▐▌▐▌░░░█░░▄
ALLAH!!!
▄█▄█░▀█▄█▀░░░██░░░▄█▄▄█ʚįɞ✿ღ..​.
♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░♥ ♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓​░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓​░░▓▓░░♥ ♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓​▓▓▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓​░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓​░░▓▓░░♥ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░♥
^_^ I LOVE ISLAM ^_^.
╔♫═╗╔╗ ♥
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═✘? +♥♥♥♥+

♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░♥
♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓​░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓​░░▓▓░░♥ ♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓​▓▓▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓​░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓​░░▓▓░░♥
♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•​*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

.......~*~*~*~...... Ku temukan Engkau di setiap Tahajudku ......~*~*~*~......
♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•​*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥​♥

____________1§§¶¶_____________​__________
_________1¶¶¶¶¶§¶¶1___________​__________
________¶¶¶¶§§§§§¶¶§__________​__________
_______¶¶§§§§§§§§§¶¶§_________​__________
_______1¶¶§§§§§§§§§¶¶1~Ya Allah…
________¶¶§§§§§§§§§§¶¶¶~~ Ampunilah daku dan sahabatku
_________¶¶§§§§§§§§§§¶1~~dan masukkanlah kami kedalam
__________¶¶§§§§§§§§¶¶§~~rahma​tMu dan Engkau adalah Tuhan
___________¶¶§§§§§§§¶¶¶~yang maha penyayang...
____________¶§§§§§§¶¶~ Ya Allah… Lindunglah sahabat2ku
____________¶§§§§§§¶__________​_______¶1_
_________1¶¶§§§§§§§¶§_________​______§¶¶_
________§¶¶¶§§§§§§§¶¶_________​____¶¶¶¶1_=AMIN......
_______¶¶§§§§§§§§§§§¶¶________​__1¶¶¶¶___
______¶¶§§§§§§§§§§§§§¶1______§​¶¶¶¶¶¶____=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§¶§_____¶¶​¶§¶§¶1____
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶¶§1§¶¶§​§§§¶§_____=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶§§§​§¶¶§______
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶​¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶​¶1________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶​__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_​__________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶§___​__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶1______​__________
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶______​__________=AMIN......
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶_____​__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1___​__________=AMIN......
____§¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶1​__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶​¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§​¶¶¶¶¶1____
______¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§​§§§¶¶¶¶¶1_=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§​§§§§§§¶¶¶1
____¶¶¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§​§§§§§§§§¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶§¶§§§​§§§§§§§§¶§
_1¶1_____________11111111§§§§§​§§§§§§§§1_
¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦​¦¦¦¦¦¦
¦................AMIN YA ROBAL ALAMIN.................¦

________¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-█​███──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶​¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶​¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶​¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯​¯¯¯¯• ‘♥_♥’..
♥q✿r♫m•*¨*•.¸¸❤ LURVE ALLAH ✿♫•*¨*•.¸¸❤
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨​*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*


║║♫═╦╦╦╔╗ Never say, OH ALLAH I have problems;
♫╚╣║║║║╔╣ But always say, OH problems, I've ALLAH! ♥
╚═╩═╩♫╩═╝

Friday, August 12, 2011


Mata oh Mata, Kenapa Engkau Liar?

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Babak 1
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. Dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia, kau nak tengok?
Babak 2
Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB).
Sop: Eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: Tuuu... tengah jalan ramai-ramai depan Madame Tusod..
Meon: Ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?
Babak 3
Sop dan Meon menyambung kembara cuti musim bunga mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.
Sop: Astaghfirullahal azim, singkatnya skirt Minah Saleh tu... Tak solehah langsung...!
Meon: Eh ye ke? Yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?
Sop: Tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la.. betul lah cakap kau...
Ada apa dengan mata?
Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.
Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.
''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik.''
Allah berfirman :
"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." [Surah Al-Mulk :12]
Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gambar-gambar 'lama' itu lagi? malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya. Kita bila lagi?
Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.
Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!