Monday, May 30, 2011


Holy Water : Hentikan Fitnah Kepada Penganut Kristian

alt
Taip sahaja di internet berkenaan Holy water dan peranannya dalam memurtadkan orang Islam maka pasti anda akan menemui banyak sekali artikel mengenainya. Holy water itu kononnya merupakan air jampi yang amat hebat di mana sekali anda terminumnya, nescaya tidak dapat mengucap dan menjadi murtad.
Jika bernasib baik, anda mungkin dapat mengucap kembali setelah minum air dari tujuh buah kolah masjid. Mengapa hebat sangat air ini? Ada yang mengatakan ia dibancuh khas dari Indonesia oleh Paderi Kristian yang berstatus tinggi. Sesetengah dari mereka pula mendakwa Holy water dibuat di Vatican City oleh Pope Kristian.
Fenomena Holy Water ini cukup menakutkan orang Islam. Tambahan pula, ramai penceramah yang menjaja kisah Holy water ini dalam ceramah-ceramah mereka di masjid-masjid. Kata mereka juga, Holy water bercampur dengan janin yang digugurkan  hasil dari persetubuhan haram paderi lelaki dan wanita.
Subhanallah! Itu merupakan satu fitnah terbesar sekali yang dibuat oleh orang Islam terhadap sahabat kita orang Kristian. Mungkin, disebabkan kerana kurangnya ilmu maka kisah mengenaiHoly water ini terus di forward melalui email dan diletakkan di blog-blog peribadi mahupun laman sesawang sosial. Ingatlah teguran dari Allah dalam al-Quran
"Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." [Q5:2]
Sebenarnya, Holy water hanyalah merupakan air pili biasa yang dibacakan sedikit doa dan diletakkan di luar gereja. Apabila penganut Kristian beraliran Katholik ingin masuk ke dalam gereja. Mereka akan mengambil sedikit Holy water ini untuk membuat simbolik lambang salib pada badan mereka. Perbuatan ini merupakan ablution ataupun berwudhuk bagi orang Kristian.Holy water tidak pernah dibuat sebagai minuman. Orang Kristian sendiri tidak meminumnya, hanya sekadar digunakan untuk "berwudhuk".
Cuba fikirkan, jika benarlah ia begitu berkuasa, mengapa tidak sahaja dicampurkan terus ke sumber-sumber air utama penduduk dunia agar mereka semua terus murtad. Dan akhirnya, ingatlah bahawa dengan mempercayai Holy water mempunyai kuasa, maka anda telah berlaku syirik. Jika benarpun ada kes terpencil yang berlaku, maka ia hanyalah kebetulan dan tidak lain dan tidak bukan melainkan tipu daya Syaitan yang amat lemah.
"...dan tiadalah bagiku (Syaitan) sebarang alasan dan kuasa pengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan aku tetapi salahkan diri kamu sendiri..." [Q14:22]
Semoga artikel ini memberi pencerahan pada kita semua untuk tidak lagi mempercayai cerita karut ini dan seterusnya berhenti 'forward' fitnah terhadap saudara kita yang beragama Kristian.

Aurora Boreal-2

Aurora polar

aurora borealis...


Mudahnya Kita Jatuh Cinta!

altDan terkadang kecintaan memelikkan kita.
Dan terkadang kecintaan memelikkan kitaMengapa mudah kita tertaut hati pada seseorang itu?
Hanya pada pandangan pertama.
Dan dulu seorang adikku
selalu mengatakan itu padaku,
Begitu mudahnya aku menyintai seseorang.
Begitu juga dalam jalan dakwah ini.
Kita akan mudah terjatuh cinta.
Banyak kali
Cinta pada mereka yang memberikan kita rasa faham ini.
Dan cinta kepada mereka yang kita berikan rasa faham ini.
Ia adalah tautan hati
Yang sukar dimengertikan.
Perasaan yang sukar
Dinukilkan dengan lukisan kita
Begitulah besarnya erti cinta pada dakwah ini.
Ia menolak kehendak diri untuk memberi sebuah erti
Jauh dirasakan dekat
Sering bersama tidak mendatangkan kebosanan
Ianya bahagia tiada tara!
Ia mengajar erti untuk tidak berhenti dalam memberi
Ia menolak diri untuk sentiasa mengorbankan diri
demi insan yang baru sahaja dikenali
kerana ikatan hati itu
bertahkik pada cinta Ilahi
( aku dan dia, mengalami rasa yang sama; mudahnya hati ini tertaut dan menyukai manusia. Kerana itu, takutnya apabila dialirkan cinta itu pada yang bukan berhak)
Kerana dakwah dan islam, sentiasa menyatukan hati kita,
Menjadikan kita sentiasa jatuh cinta sesama kita,
Setiap masa.
Mudahnya dakwah ini menjadikan kita
Untuk jatuh cinta!
Kerana Allah: Dialah yang meng'allaf'kan hati2 kita!
وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡ‌ۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ إِنَّهُ ۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬ Dan (Dialah) yang menyatukan di antara hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Anfal: 63)

"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."♥

 

AWAK.....


Awak

alt
"Cantik baju awak malam ni..." 
"Ye lah... Baju ni kan baju yang awak hadiahkan minggu lepas."
"Awak, malam ni malam apa ye ?"
"Entah. Malam apa? Kenapa dengan malam ni...?"
"Awak, malam ni malam Valentine Day la..."
"Oh,awak... Saya nak cakap sesuatu la malam ni."
"Apa dia? Cakap je la."
"Awak, saya terbaca kat satu artikel ni, yang kita tak boleh sambut Valentine Day. Awak tahu tak pasal tu ?"
"Dah lapuk cerita tu... Abaikan je la."
"Awak, kita orang Islam kan?"
"Yeah, for sure la..."
"Kita ni Islam atas nama je, kan?"
"Eh, apa yang awak nak syarah kat saya pulak ni?"
"Saya takut la awak... Malam semalam, saya mimpi, saya mati. Mati wak.. Awak tak takut mati ke?"
"Isy... stop talking nonsense la."
"Saya cakap betul awak. Ada kawan saya cakap, couple tu haram. Kalau nak berkasih dan bersayang berlainan jantina, kena ada ikatan yang sah. Tapi kita?"
"So?"
"Kalau saya nak minta kita kahwin sekarang, mesti awak tak setuju kan? Alasannya kita masih muda. Tapi wak..."
"Awak jangan nak merepek ye. Jangan kata tiba-tiba nak berubah pulak. Awak yang ajak saya datang malam ni kan?"
"Tapi awak, saya tak habis cakap lagi ni."
"Sudah. Sudah. Jangan rosakkan hari kekasih esok ni. Saya ada surprise untuk awak."
"Saya tak perlukan surprise tu. Saya takut Allah bagi 'surprise' kat saya, tanpa saya sempat buat apa-apa. Awak, dengar ni. Kalau kita nak berkasih, kena ada ikatan yang sah. Dan, berkasih bukan ada specific hari. Awak, saya takut wak..."
"Apa yang nak ditakutkannya lagi. Saya kan ada."
"Tapi nanti, kalau saya dah mati, saya tinggal dalam kubur sorang-sorang. Kalau saya kena soal macam-macam, kena seksa, awak ada ke dengan saya waktu tu untuk tolong saya, bela saya? Kalau awak ada, takpelah, saya rasa sikit lega."
"Awak ni dah mengarut ni..."
"Awak, kita bukan tak tahu semua ni. Kita tahu. Cuma kita sengaja buat-buat tak tahu. Kita pun ada belajar agama waktu sekolah dulu. Awak tak ingat ke? Ustaz Zamri selalu ingatkan kita pasal ni."
"Ok, ok. It's enough. So, apa yang awak nak sangat sekarang ni?"
"Kita clash! Itu yang terbaik wak."
"What??? Awak kena sampuk apa malam ni?"
"Biarlah awak nak kata saya kena sampuk ke apa, sekurang-kurangnya saya nak awak pun kena sampuk."
"Gila apa awak ni. Saya nak balik la macam ni."
"Awak, ingat kata-kata terakhir saya ye. Hidup ini tak lama. Hanya ada peluang sekali. Tapi, kalau kita gunakan ke arah kebaikan, sekali tu sudah mencukupi."
"Dah, jom balik."
"Takpela awak, saya balik sendiri."
"Whatever. Pelik la awak malam ni. Ok, see you tomorrow."
Baru sahaja lelaki itu berlalu meninggalkan teman wanitanya sejauh 10 km, terdengar satu hentaman kuat. Sebuah motor dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan.
Dia.
Malangnya, tidak lagi bernyawa.
Dijemput malaikat terlebih dahulu.
Maka, tiada lagi peluang baginya.
Tiada lagi sesalan baginya.
Untuk bertaubat, memohon keampunan dosa-dosanya.
Hanya bekalan yang sedia ada, bakal dibawa, hingga ke sana.
.......
"Awak, kenapa awak pergi dulu? Kita tak sambut Maulidur Rasul lagi."
"Awak..."
"Eh, awak cakap dengan siapa ni?"
"Macam mana awak ada kat sini? Bukan ke awak yang kena langgar kat depan tu?"
"Tu la... saya pun ingat saya yang kena langgar, tapi rupa-rupanya motor belakang saya yang kena. Alhamdulillah, nasib baik Allah masih pelihara saya. Pastu saya teringat kata-kata awak tadi, sebab tu saya patah balik ni. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sedarkan saya tadi."
"Saya balik dulu. Assalamu'alaikum.
"

Kesedaran Tentang Couple - Terima Kasih iluvislam.com!

alt
"Aisyah, awak hati-hati dengan dia, ramai orang  tak suka dia.."
"Lina,aku kenal dia..dia baik.."
3 tahun selepas itu.
"Eh, silap lagi.." aku tersenyum sambil memandang ke pintu pejabatku yang tertera perkataan 'TARIK'.. entah berapa kali aku cuai menggunakan pintu itu kerana sering sahaja aku menolaknya.
Hari ini genap  enam bulan aku bekerja di syarikat Suria Berhad, setelah aku tamat pengajian di universiti dalam bahagian undang-undang.
Hari ini juga 12 Disember. Tarikh hari lahirku. Sedari tadi aku sibuk melayan mesej ucapan hari jadi yang diberikan oleh kawan-kawan ku yang semakin bertambah di salah satu laman sosial yang semakin digilai ramai masa kini.
Sedang aku sibuk membalas mesej, telefonku berdering.. aku tersenyum melihat nama yang terpapar di skrin pemanggil, 'Lina Cute'..
"Happy biryhday to you.. happy birthday to you..happy birthday Aisyah!"
"Lina! Thanks sangat!'
Kami pun berborak panjang.
"Bye Aisyah, take care ye.. aku rindu dekat kau sangat.. nanti senang datang la rumah ye.. selamat menyambut hari tua ye.. hehe,aku gurau je..assalamualaikum.."
"Tua tapi comel kan Lina, hehe, thanks sekali lagi, insyaAllah aku datang, waalaikumussalam Lina."
Aku tersenyum lagi mengenangkan teletah Lina,kawan baik aku sejak di universiti dahulu.
Kata-kata Lina di dalam perbualan kami sebentar tadi mengusik hatiku, "Aisyah, hari jadi kau sama tarikh dengan Zaidi kan, kau tak beri ucapan kat dia ke?"
Zaidi.
Nama yang dahulunya menjadi begitu manis dibibirku. Kini tidak lagi. Hampir tiga tahun perkara itu berlalu. Sebuah memori yang menjadi titik tolak bagaimana aku dapat menjadi diri aku yang sekarang ini.
Aku menjalinkan hubungan cinta sebelum nikah dengan Zaidi. Pada mulanya aku yang sudah banyak kali dikecewakan berasa berat untuk menerima cintanya. Lama-kelamaan aku semakin menyayangi Zaidi. Aku yang begitu menitik beratkan soal agama dahulu kecundang di dalam perangkap cinta aku sendiri.
Dahulu aku tidak benarkan lelaki bukan mahram melihat auratku. Tetapi demi kasihkan Zaidi aku sanggup mempamerkan rambutku di depannya. Aku semakin bebas dan hubunganku dengan kawan baikku Lina juga semakin renggang akibat aku sentiasa mengelak untuk luangkan masa dengannya dan banyak masa yang ku habiskan dengan Zaidi sahaja.
Aku lupa hukum agama yang selalu aku jaga, iaitu tidak akan membenarkan lelaki bukan mahram memegang tanganku. Akhirnya aku relakan demi Zaidi.
Aku masih ingat sewaktu aku dan Zaidi balik dari menonton wayang. Kami berborak di tempat tersembunyi di dalam keretanya,dengan tidak dijangka,dia mencium mulutku. Aku jadi marah dan mendiamkan diri.
Zaidi pula tidak memujukku malah marah dengan sikapku, katanya aku tak 'open minded'. Aku yang sangat mencintainya lama-kelamaan memujuknya kembali dan aku membiarkan sikapnya yang begitu ke atasku.
Walau banyak perkara yang aku dan Zaidi telah lakukan, sehingga kini aku bersyukur kerana aku dan dia tidak berzina.
"Awak, kita berpisah sahaja lah," hatiku tersentak dengan kata-kata Zaidi pada suatu hari.
Hatiku hancur. Ternyata aku dipermaikan oleh insan yang sangat aku sayangi.
Saat itu aku jadi seperti 'kucing hilang tanduk'. Tidak tentu arah. Aku masih ingin kembali bersama Zaidi.
Berkali-kali aku menghubungi Zaidi agar hubungan kami terjalin seperti dulu. Tetapi tidak satu pun panggilan dan mesejku dijawab olehnya.
Aku berkurung di dalam bilik setiap hari.
Menghabiskan masaku di depan laptop menghilangkan rasa rindu di hati terhadap Zaidi.
Satu petang. Jam 6 ptg. Aku terpandang satu link ke laman web di laman sosial yang selalu aku layari.
Hatiku mengomel, "laman web apa ni, cuba la tengok."
Setelah membukanya aku terpandang satu artikel 'Couple itu Haram'. Aku segera membacanya. Ayat demi ayat aku baca dengan linangan air mata.
Benar aku sudah menjauh dari Islam. Aku telah menjauh dari Allah.  Petang itu aku menangis semahunya. Dan aku bertekad untuk membaiki diri dan menjadi lebih semangat untuk keluar dari dihimpit kesedihan.
Banyak perubahan yang aku alami. Aku telah membuat 'transformasi' yang besar kepada hidup ku. Pakain, solat, hubungan antara bukan mahram, semua aku jaga dengan baik.
Lina pula setelah aku ditinggalkan Zaidi, hubungan kami tidak lagi serenggang dulu. Kami saling meminta maaf antara satu sama lain dan menjadi sahabat yang baik kembali seperti dahulu. Aku menyesal kerana tidak menuruti kata-katanya dahulu, "Aisyah,awak hati-hati dengan dia, ramai orang tak suka dia.."
Alhamdulillah.
Sehingga kini aku masih menjadi peminat setia melayari iluvislam.com dan sentiasa membaca artikel-artikel yang di paparkan.
Aku sangat bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang kedua untuk membaiki diri dan menjadi muslim yang baik.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Anugerah hidayah terindah dari Allah. Terima kasih Allah. Terima kasih iluvislam.com!
Nota : Cerita di atas adalah sebuah kisah benar yang telah diubah sedikit jalan cerita, nama pelaku dan tempatnya.
Moga ia menjadi pedoman bagi semua yang membaca dan tidak henti-henti membaca serta sentiasa memberi sokongan yang padu kepada iluvislam.com. InsyaAllah.
Islam milik kita, kitalah yang berhak menjaganya. Ingatlah, Allah tidak malu untuk menerima taubat dari hamba-hambaNya.
Hidayah adalah hak mutlak Allah SWT. iluvislam.com adalah asbab kepada hidayah ini. Alhamdulillah
.

IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!