I.
Waktu Khuluk
Harus atau dibolehkan bagi seorang suami mengkhuluk
isterinya sama ada pada waktu suci ataupun haid.
Berlainan keadaannya dengan talak biasa yang mana suami
diharamkan menjatuhkan talak ke atas isterinya pada waktu haid. Hal ini adalah
kerana ia akan mendatangkan mudharat kepada isteri kerana terpaksa menunggu
lebih lama lagi untuk menghabiskan waktu ‘iddahnya kerana kiraan ‘iddah itu
bermula pada waktu suci.
Tetapi, berbeza dengan khuluk, diharuskan atau dibolehkan
bagi suami untuk mengkhuluk isterinya pada waktu haid kerana khuluk tersebut
merupakan kehendak daripada isteri itu sendiri untuk membebaskan dirinya
daripada suami. Jadi, tiada masalah kemudharatan bagi isteri dalam menunggu tempoh
‘iddah yang panjang kerana khuluk tersebut datang daripada kehendaknya sendiri
sepertimana firman Allah S.W.T :
Maksudnya: “Maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak)
yang diberi oleh isteri untuk menebus dirinya.”
(Surah Al-Baqarah: 229)
I.
‘Iddah Isteri yang Dikhuluk
Mengikut pendapat Jumhur Ulamak, ‘iddah isteri yang
dikhuluk adalah sama dengan ‘iddah isteri yang ditalak, sebagaimana firman
Allah S.W.T yang berbunyi :
الْمُطَلَّقَاتُ
يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ
Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu
hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali
suci (haid)
(Surah Al-Baqarah : 228)
Oleh kerana khuluk itu adalah perceraian suami isteri
semasa masih hidup dengan syarat isteri itu telah disetubuhi, maka ‘iddahnya
adalah tiga quru’ (tiga kali suci). Hal ini adalah untuk memastikan bahawa
rahim isteri tersebut bersih daripada benih suami yang sebelumnya agar tidak
timbul masalah penentuan nasab. Tetapi ada juga pendapat yang mengatakan bahawa
‘iddah isteri yang dikhuluk ialah sekali haid.
No comments:
Post a Comment