HUKUM DAN PENSYARIATAN KHULUK
Dari segi hukum, khuluk pada dasarnya adalah makhruh
kerana ia adalah sejenis talak yang dituntut oleh isteri dengan bayaran ganti
(‘iwadh) sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W di dalam sebuah hadith:
أبغض الحلال إلى الله الطلاق
Maksudnya: “Perkara halal yang
paling dibenci disisi Allah ialah talak
(Diriwayatkan oleh Abu Daud)
Khuluk yang dihukumkan makruh ialah:
·
Seorang suami yang membenci isterinya dan dia berhasrat
untuk mengkhuluk isterinya, maka makhruh bagi suami itu menuntut bayaran ganti
(‘iwadh).
·
Seorang suami yang tidak menyukai isterinya kerana buruk
akhlaknya, lalu dia sengaja tidak memberi nafkah kepada isterinya sehingga si
isteri menuntut khuluk, maka makhruh bagi suami mengambil bayaran tersebut.
Bagi kedua-dua perkara ini, makhruh bagi suami menganbil
bayaran ganti tersebut, walaubagaimanapun hukum khuluk tersebut adalah sah.
Namun, disebalik hukum makhruh itu terdapat juga perkara
yang mengharuskan khuluk iaitu:
·
Jika isteri tidak menyukai suaminya kerana buruk akhlak
atau agamanya, lalu isteri khuatir jika dia tidak dapat menyempurnakan hak
terhadap suaminya, maka harus baginya khuluk dengan bayaran ganti sebagaimana
disebutkan di dalam surah Al-Baqarah ayat 229 :
فَإِنْ
خِفْتُمْ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا
افْتَدَتْ بِهِ
Maksudnya : “Jika kamu khuatir bahawa keduanya (suami
isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah maka tidak ada dosa atas
keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya”
·
Jika khuluk berlaku di atas keredhaan kedua pasangan
suami isteri tanpa sebab yang tertentu , maka ia adalah harus, berdasarkan
firman Allah S.W.T :
وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً
فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا
مَرِيئًا
Tafsirnya: “Kemudian jika mereka dengan sesuka hatinya
memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah
(gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik
kesudahannya”
(Surah An-Nisa’: 4)
·
Jika kedua suami isteri itu atau salah seorang dari
keduanya takut tidak akan mampu melaksanakan hukum Allah yang diwajibkan dalam
pernikahan,maka harus bagi mereka khuluk.
Berikut adalah sabda Rasulullah S.A.W dalam hadith yang
diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas R.A :
Maksudnya: “Isteri Tsabit bin Qais bin Syammas mendatangi
nabi S.A.W seraya berkata : “Wahai Rasulullah, aku tidak membenci Tsabit dalam
agama dan akhlaknya. Aku hanya takut Kufur”. Maka Rasulullah S.A.W bersabda :
“Mahukah kamu mengembalikan kepadanya kebunnya?”. Ia menjawab, “Ya”, maka ia
mengembalikan kepadanya dan Rasulullah S.A.W memerintahkannya, dan Tsabit pun
menceraikannya”. (H.R. Al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment