Thursday, August 14, 2014

Bicara Tentang Hati

Assalamualaikum semua.. 

Kali ini saya ingin berbicara soal hati. Ini terdapat sebuah artikel yang saya ingin kongsikan berdasarkan pembacaan saya di laman sesawang ini.

Tapi sebelum itu,saya ingin beri sedikit pesanan khususnya buat para remaja yang mengalami saat mencabarnya kehidupan melawan hawa nafsu ini.

Haa.. mesti ramai yg dah terjebak dlm alam percintaan kan dalam zaman remaja ini sehingga mengikat hubungan 'couple' . Ingatlah, sekarang ni fokus utama kita adalah untuk belajar mencapai cita-cita dan membalas jasa ibu bapa kita.Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang perlu difokuskan selain kita bercouple ni.Sebab bila kita couple ni semua kerja lain yang sepatutnya kita buat sampai separuh jalan je. Kadang tu tak progress langsung.

Bergayut sampai tengah malam,ketawa terbahak2 khususnya kaum hawa ni. Cover sikit ye.Jangan terlalu leka sangat dengan duniawi ni.Kalau dah jodoh tak ke mana.Hah.. kaum Adam ni pun sama jangan ingat peringatan ni untuk kaum Hawa sahaja.Kaum Adam pun janganlah over sangat sampai setiap hari on call kan..kalau ye pun nak berkawan berpada-pada lah ye..jangan melampaui batas pula. Tak salah untuk berkawan tetapi jagalah ikhtilat ye.Penat saya bebel ni pun tak guna juga kalau tak faham bahasa...haa moh le kite baca artikel ni...


Yang Dinamakan Hati
Memendam perasaan itu dinamakan jihad. Kerana kita sedang memperjuangkan diri kita daripada terjebak dengan dosa. Andai seseorang meluahkan perasaannya terhadap kita dan kemudian kita menerima perasaannya, mengikat sebuah hubungan haram, membuka hati kita untuk menerima cinta kepada yang tak sepatutnya. Samalah, seperti balang gula-gula yang telah terbuka dari penutupnya.
Dan ketika sedang menjalin hubungan tanpa ikatan dengannya, kita sibuk menzahirkan cinta, meluahkan sayang kepadanya, kerana ketika itu, hidup kita hanya untuk membahagiakannya. Ini diibaratkan seperti gula-gula yang terdapat dalam balang itu telah diberikan kepada dia.
Lalu, akhirnya dia pergi meninggalkan kita setelah puas mempermainkan kita yang leka dalam cinta. Balang gula-gula itupun yang sudah terbuka penutupnya, hanya tingal sedikit sisa-sisa, beberapa gula-gula. Dan hati kita itu, hanya  balang gula-gula yang tinggal sedikit isinya. Adakah hati itu yang bakal kita persembahkan kepada seorang Adam yang bergelar suami, halal keatas kita, dan bakal menghabiskan masanya bersama kita?
Si suami bakal mendapat cinta secondhand. Tidakkah kita merasa malu untuk berdepan dengannya, kerana hati ini pernah menjadi kepunyaan orang lain?
Suka pada seseorang. Itu namanya fitrah. Kerana itulah, berada di alam remaja, merupakan alam yang paling mencabar.
Ada sesetengah manusia, menjadikan cinta sebagai media pemuasan hawa nafsu. Inilah yang berlaku pada akhir zaman sekarang. Kes buang bayi, mengandung anak luar nikah, semakin banyak terjadi. Inilah umat akhir zaman.
Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan.
Al-Farabi
Tidak malukah kita? Disamakan dengan haiwan?
Muhasabah diri. Suka seseorang, pendamkan sahaja. Fikir dahulu,tidakkah kita berasa malu? Mencintai seseorang, tanpa terlebih dahulu mencintai Dia. Bagaimana kita, mahu mengetahui tanda-tanda kita mencintai Allah?
…..
Tanda-tanda Mencintai Allah
Kalau cinta, rindu untuk bertemu.
Bagaimana sikap kita sewaktu hendak berjanji temu (solat) dengan Allah?
Kalau cinta, suka apabila disuruh.
Bagaimana sikap kita  sewaktu diperintah menutup aurat, menjauhi zina dan lain-lain?
Tidak malukah kita? Mencintai hambaNya terlebih dahulu tanpa mencintai Dia?
Andainya kita risau, orang yang kita sukai bakal jatuh ke tangan orang lain, ingatlah kita ini siapa. Orang yang disukai itu bukan milik kita sebaliknya milikNya. Layakkah kita merisaukannya. Ingatlah, jodoh itu ketentuan Tuhan, kita hamba tidak perlu bersusah payah memikirkannya.
Apa guna bercouple? Sedangkan dia yang kita sukai itu belum tentu lagi jodoh kita. Elakkan. Kerana ia selangkah menuju kepada perbuatan zina. Dan Allah sendiri telah berfirman:
“Dan janganlah kamu mendekati zina…. (Al-Isra’ 17:32)”
Cinta selepas kahwin itu indah. Kerana apa yang haram untuk dibuat, halal untuk kita lakukan terhadapnya. Simpan diri untuk yang halal. Bila hati diuji kerana fitrah, peganglah pada prinsip: ‘hati itu ibarat balang gula-gula.’
Wanita, peliharalah cintamu untuk yang halal. Memendam itu berjihad. Tidak perlu bercouple untuk melampias fitrah. Kita wanita, senang menuju ke syurgaNya.

Haa..dah habis baca dah? Macam mana? Insaf ke tidak...slow2 lah ye..saya ni memahami je walaupun tak pernah bercouple alhamdulillah tapi saya banyak ceburi bidang penulisan dan pembacaan buku motivasi.Baiklah sampai di sini sahaja coretan Sharifah kali ini..Salam Ukhuwah !

No comments:

Post a Comment

IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!